KKM Syor Wanita Berpurdah Pakai Pelitup Muka 3 Lapisan

Menurut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Kesihatan (KKM) kini mengesyorkan golongan wanita berpurdah untuk menggunakan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan.

Dedah Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, golongan ini juga bebas untuk memilih sama ada mahu menggunakan pelitup muka dari jenis perubatan atau fabrik.

“WHO sudah mengesyorkan pemakaian tiga lapisan fabrik, jadi kita kena ikut WHO. Pastikan ada tiga lapisan, kalau pemakaian purdah satu lapisan, satu lapisan itu tak cukup. Kita syorkan mereka yang pakai purdah dalam itu boleh pakai pelitup muka sama ada fabrik atau pun pelitup muka tiga lapis,”

Hal ini demikian kerana, bagi tujuan pencegahan, terdapat dua jenis pelitup muka yang boleh digunakan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

Advertisement

“Pelitup muka perubatan digunakan oleh petugas kesihatan, orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan dan golongan berisiko tinggi seperti warga emas, pesakit kronik, kencing manis dan darah tinggi. Manakala, penggunaan pelitup bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak mempunyai gejala tetapi berada di tempat awam,”

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara  menetapkan semua individu wajib memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam bermula 1 Ogos 2020.

Sumber: Astro Awani

Comments

comments