KKRDN Beri Saranan Kerajaan Pinda Peta Pembangunan Vaksin Negara

Datuk Razali Idris

Umum mengetahui dos vaksin fasa pertama telah selamat tiba di negara ini dan suntikan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara (KKRDN) memberi saranan untuk kerajaan meminda Peta Pembangunan Vaksin Negara sebagai perancangan untuk negara menghasilkan vaksin buatan tempatan yang memenuhi garis panduan antarabangsa.

Pengerusinya iaitu Senator Datuk Razali Idris menjelaskan langkah itu dilihat perlu sebagai pelan untuk jangka masa yang panjang. Beliau juga berharap agar Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 memastikan maklumat yang benar sahaja dikeluarkan.

vaksin Covid-19

Advertisement

Dalam masa yang sama, Datuk Razali juga menyatakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bakal didahului Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘keberanian yang luar biasa’ yang akan membawa kepada pemulihan kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara.

“Berslogankan ‘Lindungi Diri, Lindung Semua’, kerajaan Perikatan Nasional telah melaksanakan satu misi nasional mega yang bakal memastikan negara Malaysia yang disayangi terus kekal selamat, terjamin, sejahtera dan stabil”.

vaksin Covid-19

Bermula esok, suntikan fasa pertama akan dilaksanakan hingga April 2021 yang akan dimulakan dengan 500,000 orang petugas barisan hadapan.

SUMBER

 

Comments

comments