Koleksi Edisi Khas ‘Vans’ Dihasilkan Daripada Tikar Mengkuang Oleh Pa’din Musa

1261

Jenama Vans Off The Wall memang antara jenama yang menjadi pilihan anak muda untuk bergaya kini. Vans juga cukup sinonim dengan Pa’din Musa, legenda skateboard Malaysia dan pernah tampil dengan beberapa koleksi sebelum ini.

Kali ini, Pa’din tampil dengan kelainan sempena ‘Van Checkerboard Day’ apabila dia menghasilkan koleksi khas daripada tikar mengkuang. Memang lain daripada yang lain! Siapa sangka tikar mengkuang boleh dijadikan ikon fesyen untuk jenama antarabangsa.

vans tikar mengkuang
vans tikar mengkuang
Tikar Mengkuang antara kraftangan buatan tempatan yang selalunya boleh dijumpai di rumah orang-orang Melayu. Ini juga menjadi lambang kebudayaan dan gaya hidup masyarakat Melayu sejak dulu lagi.

Menariknya, koleksi yang dihasilkan ini bukan sahaja pada kasut tetapi juga pada beg dan hanya ada satu unit sahaja dihasilkan. Koleksi ini khas dibuat untuk dibida dan dilelong pada 21 November ini dan sumbangan akan disalurkan kepada badan amal.

vans tikar mengkuang
vans tikar mengkuang
Untuk yang berminat, kasut ini akan dilelong pada ‘Vans Checkerboard Day’ pada 21 November ini yang turut disertai nama-nama besar lain. Ini bukanlah kali pertama Pa’din berkolaborasi bersama Vans. Koleksi sebelum ini juga mendapat sambutan hangat daripada peminat kasut Vans sendiri.

Koleksi Pa’din Musa sebelum ini iaitu kasut signature colorway profesional berjaya membuatkan peminat beratur panjang untuk mendapatkannya. Untuk baca artikel penuh, klik pada pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Peminat Beratur Panjang Untuk Dapatkan Kasut Signature Vans Pa’din Musa

Comments

comments