Komen Tidak Sensitif Berhubung Kematian Adib, Honda Gantung Jawatan Staf

396


Kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN) setelah 2 hari menerima rawatan menimbulkan rasa marah ramai pihak. Kematiannya dianggap tidak adil, kerana dia hanya bertugas memadam kebakaran tetapi menjadi mangsa dibelasah perusuh yang merusuh kerana enggan memindahkan sebuah kuil di Subang Jaya.

Sehubungan itu, ada yang memberi komen mengkritik kerajaan, namun begitu komen seorang gadis, Caryn menimbulkan kemarahan Netizen.

“Tuhan you yang gagal sembuhkan Adib”

Netizen seterusnya mendapatkan maklumat pekerjaan Caryn, yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di Honda Sri Utama Auto, Setapak dan menuntut majikan Caryn mengambil tindakan terhadap Caryn kerana meninggalkan komen menghina agama dan tidak sensitif.

Sri Utama Auto Minta Maaf

Sri Utama Auto memberitahu, mereka tidak menyokong atau bertolak ansur dengan sikap Caryn, sama ada secara dalam talian atau diluar. Caryn telah digantung tugas dan siasatan dalaman sedang dilaksanakan, dan tindakan paling tegas akan diambil.

Honda Malaysia juga minta maaf

Mereka turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan tunang Adib. – amazingnara.com

Comments

comments