Korea Selatan Mula Menggunakan Bahasa Melayu Sebagai Usaha Menghargai Kedatangan Pelancong Malaysia

3290
papan tanda korea

Korea Selatan antara destinasi percutian yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang gemar bercuti di sana lagi-lagi buat peminat industri hiburan di sana. Di Malaysia juga, lambakan kedai-kedai dan restoran barangan dari Korea semakin mendapat sambutan yang hangat dari pembeli.

Untuk pengetahuan anda, jumlah pelancong dari Malaysia adalah antara yang tertinggi berdasarkan statistik daripada agensi perlancongan di sana. Dalam menghargai kehadiran pelancong Malaysia yang bercuti di sana, Korea Selatan telah mula menggunakan Bahasa Melayu pada papan tanda di beberapa lokasi.

papan tanda korea
Sumber

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, terdapat beberapa bahasa yang digunakan pada papan tanda di sana termasuklah Bahasa Melayu sendiri. Pastinya langkah yang dibuat oleh Korea Selatan ini akan membantu memudahkan rakyat Malaysia di sana.

papan tanda korea

Hasil kerjasama ITBM

Difahamkan juga, usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan ini adalah usaha sama pihak Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Usaha ini juga sudah lama dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Ramai pihak yang turut memuji tindakan yang diambil oleh Korea Selatan ini dalam menghargai kemasukan pelancong Malaysia di sana. Dalam usaha murni yang dilakukan ini, ramai netizen turut menasihati rakyat Malaysia untuk menghargai usaha ini dan tidak merosakkan nama Malaysia di sana. Jangan pula ada yang mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan peluang baik yang diberikan kepada pelancong Malaysia.

Artikel berkaitan: 5 Sekawan Ditahan Selama Lapan Jam Di Korea Tanpa Makan Dan Minum Sebelum Dihantar Pulang

Comments

comments