Kota Paris Indah Khabar Dari Rupa, Vlogger Faa Firds Dedah Pengalaman Pahit

73

Apabila berbicara mengenai kota Paris, perkara pertama yang sedang bermain di fikiran anda pastinya menara Eiffel kan?

Satu mercu tanda yang sentiasa berlegar di fikiran para pelancong. Keindahan dan keromantisan bandar ini sentiasa menjadi ‘idaman’ setiap para traveller.

Namun begitu, kota Paris sebenarnya hanyalah indah khabar dari rupa apabila Vlogger Faa Firds tampil mendedahkan realiti sebenar apabila pelancong Islam berkunjung ke sana.

Kami yang menonton video luahan Faa Firds dapat merasakan apa yang di alami oleh beliau sehinggakan ianya juga turut meragut emosi ketenangan kami.

Pengalaman Faa Firds ini agak berbeza apabila ke Kota Romantis bersama suami.

Anda pasti akan terkejut dengan kisah gadis berhijab ini ‘dipulau’ di Paris.

Anda juga pasti tidak percaya dengan pengalaman yang diceritakan gadis berhijab tentang ‘buruknya’ disebalik keindahan kota Paris ini.

Gadis ini juga turut mendedahkan bahawa dompet suaminya hampir dicuri oleh penyeluk saku tempatan tapi mujurlah tiada apa yang buruk berlaku ketika itu.

Tambahan, ketika gadis ini berada dalam metropolis terasa badannya dilanggar berkali-kali dengan sengaja.

Seorang lelaki tua yang memandang anaknya sambil memandang gadis berhijab ini, berulang kali seolah memandang serong terhadap gadis ini.

Gadis tersebut menceritakan pengalamannya apabila beratur menunggu giliran naik roller coaster dan penjaga tiket membenarkan gadis free hair untuk naik permainan itu dahulu dan gadis ini pula disuruh untuk menanggalkan hijab terlebih dahulu.

Berdasarkan pengalaman yang dikongsi, pihak majikan di sana tidak membayar gaji kepada pekerja asing dan dia juga pernah ditipu mengenai kontrak pembayaran telefon dan elektrik.

Majikan juga tidak pedulikan resume yang dihantar dan dengan sengaja memaksa menjadi pencuci tandas sahaja.

Malah, pesakit Asia juga dilayan seperti tidak penting di hospital tempatan dan Europeans ini juga menjeling terutamanya kepada warga Turki dan Muslim.

Penduduk disana dikatakan menganggap wanita Asia terutamanya wanita Thailand sebagai pisau cukur buat golongan lelaki Mat Salleh.

Mereka juga menganggap bahawa golongan Islam ini adalah pengganas.

Gadis ini juga menceritakan yang dia pernah diusir pulang ke negara asal oleh pihak polis tempatan setelah cuba mendapatkan bantuan.

Mungkin bagi anda yang merancang untuk ke kota Paris selepas ini boleh mengambil langkah yang berjaga-jaga supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku kepada anda dan keluarga.

Credit: Youtube FaaFirds

Comments

comments