Kreatif! Anak Buat Fesyen Baju ‘Vaccine Friendly’ Untuk Ibu Supaya Senang Ambil Suntikan

Ramai yang akan menghadapi kesukaran sekiranya ingin mendapatkan rawatan suntikan terutamanya kaum wanita kerana perlu menyelak lengan baju mereka sehingga ke bahagian bahu untuk disuntik.

Tambahan pula, pada ketika ini ramai individu bakal menerima vaksin Covid-19 dengan cara suntikan. Ada yang risau kalau lengan baju perlu diselak lagi-lagi bagi kaum wanita yang bertudung. Ada yang menggunakan cara dengan memakai t-shirt lengan pendek bersama cardigan untuk memudahkan mereka menerima suntikan.

Namun, seorang gadis di Twitter telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan rekaan bajunya sendiri untuk ibunya supaya senang untuk mengambil vaksin nanti.

Advertisement

Dia berkongsi perbualan bersama ibunya menerusi Whatsapp mengatakan hampir semua lengan pada baju yang dimiliki oleh ibunya tidak dapat diselak.

Jadi, muncul idea kreatif daripada gadis ini untuk menjahit baju kurung rekaannya sendiri khas untuk ibunya.

Dia membuat zip di bahagian tempat untuk disuntik sesuai dengan namanya ‘vaccine friendly’ supaya ibunya dapat menerima suntikan dengan lebih mudah.

Sumber : Twitter Usnaku

Rekaannya itu mendapat perhatian warganet sehingga ada yang ingin membuat tempahan untuk diri sendiri.

Akhirnya, gadis ini membuka tempahan pre-order bagi sesiapa yang berminat dan akan mendahulukan kepada yang dekat tarikh janji temu vaksin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan wanita ini dengan mereka satu design baju yang memudahkan kaum wanita untuk menerima suntikan.

Sumber 

SUMBERTwitter

Comments