Kreatif, Kek Laksa Ganti Kek Sambut Birthday Suami 

790

Bagi menyambut hari lahir, makanan wajib perlu ada pastinya kek. Tanpa sebiji kek, ibarat tidak bermakna sesebuah hari jadi seseorang yang istimewa. Tetapi, tak semua orang gemar makan kek kerana rasanya yang manis dan mudah muak.

Seorang suri rumah mempunyai idea kreatif untuk meraikan sambutan ulang tahun suaminya pada 9 Julai lalu dengan membuat sesuatu yang istimewa kepada suaminya.

Ini kerana suaminya tidak gemar menikmati kek, menu wajib setiap kali sambutan hari jadi dan diganti dengan makanan dengan ‘Kek laksa’.

Lyzz Layana telah mengkongsikan status ini di dalam Facebook berbentuk kek yang sangat cantik dan sungguh kreatif ini.

Suami saya memang tidak suka kek, kalau beli kek pun dia akan makan cubit-cubit sahaja. Tetapi kalau laksa memang berhantu.

Jadi dari semalam saya fikir nak buat kek laksa. Fikir punya fikir maka tercetuslah idea ‘KEK LAKSA’.

Lyzz berkata, ‘Kek laksa’ yang dibuat akan habis dengan cepat kerana satu keluarga hantu laksa.

Ini sahaja termampu nak bagi pada suami sebab saya seorang suri rumah. Moga usaha saya yang tak seberapa ini dapat gembirakan hati dan perut suami.

Apa yang menarik, Lyzz menghias kek laksa ini dengan salad dan timun di tepi ‘kek laksa’ yang dibuat olehnya untuk kelihatan lebih menarik.

Paling comel, tanda ‘happy birthday’ turut tersemat kemas di atas himpunan laksa tersebut sedia menanti kepulangan suaminya.

Bertuah suami puan Lyzz mendapat seorang isteri yang memahami suami dan sanggup memikirkan idea kreatif ini, demi ulang tahun kelahiran suami yang tercinta.

Kongsikanlah kepada kami hadiah kreatif yang anda pernah lakukan untuk orang tersayang dalam hidup anda.

 

Sumber: Facebook

 

Comments

comments