Kreatif! Stylist Di Singapura Cuba Hasilkan Kasut Daripada Bungkusan BTS Meal

Sajian BTS Meal sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat khususnya kepada penggemar kumpulan k-pop daripada Korea Selatan.

Pelbagai cara yang digunakan untuk menyimpan dan mengubah suai bungkusan makanan tersebut memandangkan ianya terhad. Ada yang cuba mengubahnya menjadi keychain, hiasan pada botol air dan banyak lagi.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah seorang stylist di Singapura dikenali sebagai Josiah Chua mencipta satu sneakers yang diperbuat daripada bungkusan BTS Meal tersebut. Kreatif kan!

Beberapa kepingan gambar telah dikongsikan melalui akaun Instagram miliknya.

Advertisement
Sumber : Instagram Josiah Chua
Sumber : Instagram Josiah Chua

 

Malah, dia juga turut berkongsi proses pembuatan kasut tersebut menerusi laman TikTok miliknya.

@josiahchua

My Custom made BTS Meal sneakers! Josiah Chua x BTS x Macdonalds. Shot by @jdenation #bts #btsmeal #btsmealsneakers

? Butter – BTS

Hidangan edisi terhad BTS Meal ini telah dilancarkan di Singapura beberapa hari lepas dan ianya mendapat sambutan yang luar biasa sehingga sold out dalam beberapa minit saja.

Korang yang kreatif pun boleh buat hiasan menggunakan bungkusan edisi terhad ni.

Sumber 

SUMBERCoconut.co

Comments