Krew Kabin Demam Baru Bertugas Penerbangan Dari China, Tipu Jururawat

Dalam keadaan sekarang, kebimbangan mengenai wabak coronavirus di kalangan rakyat Malaysia agak tinggi. Wabak ini sudah menyebar ke semua wilayah di China, bukan saja di pusat gempanya, iaitu Wuhan. Oleh itu, tidak mustahil sesiapa saja yang ke China boleh dijangkiti virus yang sangat mudah dijangkitkan tersebut.

Seorang pengguna Twitter, Mira Suhaira mendedahkan, seorang krew kabin yang merupakan kenalannya telah memuat naik di IG Story bahawa suhu badannya tinggi dan telah ditegur oleh seorang jururawat yang seterusnya bertanya jika dia ada mengembara ke mana-mana.

Malangnya, krew kabin tersebut menipu dengan mengatakan ‘tidak’.

Advertisement

 

Lebih kelakar lagi bila dia mengatakan perbuatannya itu ‘tipu sunat’.

Tindakan krew kabin itu dikecam oleh warganet kerana dianggap membahayakan orang lain memandangkan dia mungkin telah dijangkiti virus tersebut dan enggan membuat pemeriksaan malah menulis mengenainya di media sosial.


Sehubungan itu, warganet meminta pengguna Twitter tersebut mendedahkan wajah dan nama krew kabin tersebut.

Pengguna Twitter berkenaan bagaimanapun enggan membuat pendedahan, mendakwa sudah membuat aduan mengenai krew kabin tersebut kepada pihak yang sepatutnya untuk tindakan diambil.

Besar kemungkinan krew kabin ini tidak mengetahui bahawa dia boleh dijangkiti coronavirus bila berada dekat dengan seorang pembawa yang bersin atau batuk dalam penerbangan, walaupun tidak turun di China.

Dan sekiranya tindakan tidak diambil, jika dia benar sudah dijangkiti, dia juga mungkin boleh menjangkitkan virus itu kepada mereka yang berhubung dengannya di negara ini. Ia dikira sesuatu yang mementingkan diri sendiri.

Mari berharap agar pihak berkuasa akan berjaya mengesan krew kabin tersebut dan mengambil tindakan. – amazingnara.com

Comments

comments