Kronologi Kes Pembunuhan Noor Suzaily Yang Pernah Menggemparkan Negara

Kedua ibubapa Noor Suzaily sedang menatap wajah gambar majlis graduasinya.

Pasti ramai yang pernah mendengar kisah tragedi yang menimpa arwah Noor Suzaily Mukhtar yang pernah menggemparkan seluruh negara. Kejadian buruk yang meragut nyawanya itu telah merubah kehidupan seluruh ahli keluarganya.

Noor Suzaily meninggalkan rumah sewanya di Kampung Baru pada pukul 7.45 pagi pada 7 Oktober 2000 dengan menaiki bas untuk pergi bekerja di Pusat Perubatan Pantai di Klang.

Dia yang berusia berusia 24 tahun ketika itu, merupakan lulusan Universiti Demonfort di United Kingdom, dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebagai jurutera komputer, yang merupakan sebagai pekerjaan impiannya. Noor Suzaily MukhtarBerasal dari Kangar, Perlis, dia adalah anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

Individu terakhir yang melihat dia melangkah keluar meninggalkan rumahnya pada pagi yang penuh tragis itu hampir 20 tahun yang lalu adalah teman serumahnya Rosamliza Umar.

Advertisement

Itu merupakan kali terakhir Rosamliza melihat rakannya masih hidup.

Noor Suzaily menaiki bas Ekspress Kiara, dengan nombor pendaftaran kenderaan WDE 4256. Bas itu menuju ke Pelabuhan Klang dari terminal bas Klang di Kuala Lumpur.

Bas tiba di Klang kira-kira jam 8.15 pagi. Sebahagian besar penumpang turun dari bas, kecuali dia dan seorang warga Bangladesh yang kemudiannya turun di perhentian bas sebelum sampai ke destinasi terakhir. Promo KES @ Tv3! (Setiap Rabu) - YouTube

Noor Suzaily kini menjadi satu-satunya penumpang yang tinggal di dalam bas tersebut.

Malangnya, Noor Suzaily tidak pernah sampai ke tempat kerjanya. Pemandu bas Express Kiara itu, Hanafi Mat Hassan, telah mengalihkan laluan dan membawanya ke Jalan Bukit Tinggi.

Hanafi berumur 34 tahun, telah melalui tiga kali perceraian dalam perkahwinannya dan merupakan seorang bekas banduan. Rekod polis menunjukkan bahawa dia dicari untuk kes rogol lain di Mentakab, Pahang, pada tahun 1988.

Pada tahun 1994, dia juga pernah dituduh melakukan pecah amanah, dan disabitkan dengan kes rompakan di Terengganu pada tahun 1996. Laporan menyatakan bahawa Hanafi, dari Bachok, Kelantan, baru mula bekerja di syarikat bas itu 10 hari sebelum kejadian itu.

Salah seorang saksi ialah A. Devan, seorang pelajar berusia 18 tahun yang sedang berbasikal ke pusat tuisyen. Dia melihat sebuah bas di sepanjang Lorong Pegaga di Klang, dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Di sinilah bermulanya serangan seksual.

Devan melihat seorang wanita tidak berpakaian di dalam bas itu dan dengan keadaan panik, mengetuk-ngetuk tangannya ke cermin tingkap bas yang sedikit gelap. Pemandu bas tersebut kemudiannya mengusir Devan supaya beredar.

Apabila bas itu mula bergerak pergi, Devan cuba untuk mengejar. Tidak lama kemudian, tiga lagi orang awam turut serta membantu Dewan iaitu seorang penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 50-an dan seorang pengajar sekolah memandu.

Keempat-empat mereka mengikuti bas itu sehingga sampai di bulatan Taman Chi Liung, sebelum ia membelok ke Jalan Sambau.

Devan dengan berani menghampiri bas itu dan dia dapat melihat Hanafi berjalan menuju ke arah tempat duduk pemandu sambil menurunkan seluarnya.A report in the New Straits Times dated Dec 20, 2008. It was an interview with the late Noor Suzaily’s father Mukhtar Ibrahim on Hanafi Mat Hassan’s sentence. -NSTP/File pic

Hanafi yang melihat keempat-empat lelaki itu dengan pantas beredar, yang kemudiannya telah dikatakan menuju ke arah bulatan Taman Chi Liung.

Dilaporkan bahawa Hanafi telah mengikat tangan Noor Suzaily dengan selendang tudungnya, merogol serta meliwatnya. Setelah selesai, Hanafi menggunakan selendang yang sama untuk mencekiknya sehingga mati.

Hanafi kemudian membuang mayat Noor Suzaily yang tidak berpakaian dan tidak bernyawa itu keluar dari bas, berhampiran dengan tapak pembinaan berdekatan Jalan Bukit Tinggi. Dia kemudiaannya terus berlalu pergi.

Orang ramai yang menemui mayat tersebut pada petang yang sama terus menghubungi pihak polis. Ketika ditemui, selendang itu masih di leher mayatnya dan kasut tergantung pada salah satu kakinya. Dia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemui.

Mayat Noor Suzaily dibawa ke hospital Tengku Ampuan Rahimah, di mana bedah siasat mendedahkan bahawa wanita itu telah diperkosa, diliwat dan dicekik sehingga mati.

Laporan juga menunjukkan bahawa si mati telah mengalami 44 kecederaan yang mengejutkan pada badan, termasuk patah leher.

Hanafi ditangkap tiga hari kemudiannya kira-kira jam 2.45 petang di terminal bas di Pelabuhan Klang. Lima jam selepas penangkapan, Hanafi membawa polis ke terminal bas di Klang Utara. Sesampai di sana, dia menunjukkan longkang di mana merupakan tempat dia membuang beg tangan mangsa, yang berisi dokumen peribadinya. Beg tangan itu masih berada di sana.Suzaily, Kisah Tragik Mangsa Bunuh Kejam Di Malaysia - MYNEWSHUB

Polis kemudian berjaya mengenal pasti mayat itu sebagai Noor Suzaily.

Hanafi didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dakwaan rogol dan pembunuhan Noor Suzaily pada 1 Nov 2000. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Perbicaraan, yang dimulakan di Mahkamah Tinggi pada awal tahun 2001, dengan memanggil seramai 55 saksi danb mengambil keputusan selama 62 hari.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Hanafi bersalah atas dakwaan pembunuhan, dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya dengan hukuman gantung yang sepatutnya dijalankan pada 26 April 2006. Dia juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan diperintahkan untuk menerima 12 sebatan atas tuduhan merogol.

Hanafi menghabiskan rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada 12 Disember 2006. Dia digantung pada 18 Disember 2008 di Penjara Kajang.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments