Kronologi Ringkas Ketegangan Antara Iran Dan Amerika Syarikat Sejak Pembunuhan Qasem Soleimani

iran
Kredit: VOX

Pada 3 Januari 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan berita kematian ketua Pasukan Quds Pengawal Revolusi Islam (IRGC) iaitu Mejar Jeneral Qasem Soleimani. Beliau bersama beberapa yang lain terbunuh di dalam satu serangan udara yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.

Serangan yang dilakukan di lapangan terbang antarabangsa Baghdad, Iraq itu telah diarahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Pasukan yang dipimpin oleh Qasem Soleimani adalah sebuah unit elit yang mengendalikan operasi luar negara Iran.

Sebelum ini, beberapa cubaan bunuh pernah dilakukan pada Qasem Soleimani namun gagal. Salah satunya pada bulan Ogos 2019, Menteri Luar Israel memberitahu negara mereka cuba untuk membunuh Qasem Soleimani.

qassem soleimani

Advertisement

8 April 2019

Ketegangan yang berlaku di antara Iran dan Amerika Syarikat dilihat semakin memuncak dari bulan ke bulan pada tahun 2019. Washington mengumumkan Pasukan Quds Pengawal Revolusi Islam sebagai kumpulan pengganas. Pasukan yang turut berkhidmat di luar negara ini juga disenarai hitam.

5 Mei 2019

Penasihat keselamatan negara White House, John Bolton memaklumkan penyebaran pengangkut pesawat dan pasukan petugas bom diarahkan ke Timur Tengah.

12 Mei 2019

Empat kapal termasuk tiga kapal tangki minyak musnah dalam satu serangan misteri di Gulf dan Amerika Syarikat menyalahkan Iran di atas serangan itu.

25 Mei 2019

Amerika Syarikat menempatkan tambahan 1,500 ahli pasukan bersenjata ke Timur Tengah dalam menangani ‘ancaman hebat’ dari Iran.

13 June 2019

oil tanker oman

Dua kapal tangki minyak, Norway dan Jepun diserang di Oman. Washington, London dan Riyadh menyalahkan Iran tetapi Iran menafikan penglibatan dalam insiden itu.

20 June 2019

Pasukan Revolusi Iran menembak jatuh drone milik Amerika Syarikat yang dikatakan menceroboh kawasan udara Iran.

18 Julai 2019

Donald Trump memberitahu pasukan tentera Amerika Syarikat telah menjatuhkan drone milik Iran yang dikatakan membawa bahaya kerana dekat dengan salah satu kapal tentera lautnya di Selat Hormuz.

15 November 2019

protes iran

Iran tidak berpuas hati apabila Amerika Syarikat memberikan sokongan kepada penunjuk perasaan di Iran yang membuat protes besar-besaran tentang kenaikan harga minyak petrol.

29 Disember 2019

Amerika Syarikat melancarkan serangan udara ke pangkalan kumpulan pro-Iran di Iraq yang telah membunuh 25 pejuang.

31 Disember 2019

Penunjuk perasaan pro-Iran berkumpul di kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad di atas insiden serangan itu. Donald Trump memberi amaran pada Tehran akan melakukan sesuatu yang lebih besar.

3 Januari 2020

Serangan udara dari Amerika Syarikat telah menyebabkan komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani terbunuh. Donald Trump mengarahkan pembunuhan itu selepas pengepungan yang berlaku di kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad.

7 Januari 2020

iran

Semasa di majlis pengebumian Qasem Soleimani, komander tertinggi Pasukan Quds Pengawal Revolusi Islam iaitu Mejar Jeneral Hossein Salami memberitahu Iran akan membalas dendam di atas kematian itu.

Iran juga memberitahu akan memberikan ganjaran AS$80 juta (RM328 juta) kepada sesiapa yang berjaya membunuh Trump dan menyerahkan kepalanya kepada mereka.

8 Januari 2020

Iran melancarkan serangan berpandu kepada dua pangkalan tentera yang digunakan oleh Amerika Syarikat di Iraq. Tiada maklumat kematian yang dapat dipastikan tetapi Iran mendakwa telah berjaya membunuh beberapa anggota Amerika Syarikat.

Tindakan tidak bermoral

TUN MAHATHIR

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan serangan udara yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) itu sebagai sesuatu yang tidak bermoral. Malah, tindakan itu hanya akan meningkatkan lagi keganasan dunia apabila Iran turut membuat ancaman untuk menyerang balas perbuatan AS.

Beliau turut menyamakan tindakan itu seperti kes pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi di Turki pada Oktober 2018. Khashoggi yang merupakan penulis dengan Washington Post dibunuh di Istanbul, Turki pada Oktober 2018. Mayatnya dipotong-potong oleh skuad 15 orang dalam Konsulat Arab Saudi dan tidak pernah ditemui.

Ia adalah tindakan di mana sebuah negara membuat keputusan membunuh ketua sesebuah negara di negara lain, sama seperti pembunuhan Kashoggi yang dibunuh di negara lain. Kali ini, AS ambil keputusan untuk membunuh ketua dari negara lain. Jadi ini adalah tindakan tidak bermoral, menyalahi undang-undang.

Trump tidak jadi berperang

Sementara itu, Donald Trump hari ini memberitahu mereka akan  berundur dari ambang perang dengan Iran atas alasan Teheran nampaknya sudah ‘bertenang’ selepas melancarkan serangan peluru berpandu terhadap tentera AS.

Tetapi Trump masih lagi mempertahankan tindakannya itu kerana menurutnya lelaki kedua paling berpengaruh di Iran itu (Qasem Soleimani) adalah pengganas dan sepatutnya sudah lama dibunuh.

donald trump

Tindakan Trump melancarkan serangan tanpa kelulusan Kongres itu turut mendapat perhatian Rumah Perwakilan diterajui Demokrat, yang dijadualkan mengundi untuk menghadkan kuasa Presiden dalam melancarkan perang tanpa kelulusan Kongres.

Comments

comments