KTMB Perkenal Helmet Pengimbas Suhu Bagi Mengekang Penularan Wabak COVID-19

KTM Berhad (KTMB) kini tampil memperkenalkan helmet pengimbas suhu bagi membasmi penularan wabak Covid-19 dari terus menular.

Ia merupakan tambahan kepada kaedah sedia ada seperti pengimbas suhu di stesen, hand sanitizer dan sanitasi tren.

Menurut pihaknya, helmet pengimbas suhu ini dipakai oleh anggota Polis Bantuan (PB) bertujuan membuat rondaan di stesen tren bagi mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.

Advertisement

“Diharap dengan kaedah-kaedah yang dilaksanakan itu akan dapat meningkatkan keyakinan para penumpang untuk menggunakan perkhidmatan KTMB. Penggunaan helmet ini masih di peringkat percubaan bagi menilai keberkesan dan kesesuaian kepada anggota PB,”

Nampaknya kaedah yang dilaksanakan oleh KTMB ini merupakan antara langkah terbaik bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19. Justeru, dengan kaedah ini diharap mampu memantau situasi semasa dengan lebih berkesan.

Comments

comments