Kuarantin Diri, Khairy Jamaluddin Sambut Hari Jadi Anak Menerusi Tingkap

2239
khairy jamaluddin tidak dapat sambut hari jadi anak kerana kuarantin diri

Penularan COVID-19 tidak nampak akan berhenti dalam masa terdekat ini di Malaysia. Pertambahan kes yang semakin banyak saban hari ternyata membuatkan ramai pihak yang bimbang sekiranya ia akan menjejaskan rakyat Malaysia. Disebabkan itu, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac nanti dalam usaha membanteras wabak merbahaya ini.

Bukan sahaja rakyat yang perlu mematuhi arahan itu bahkan kesemua pihak atasan termasuklah barisan menteri turut mengikutinya sebagai contoh kepada orang lain. Sama seperti yang dilakukan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin yang mengambil inisiatif ini dengan serius sehingga tidak dapat menyambut hari jadi anak lelakinya.

 

View this post on Instagram

 

Happy 5th birthday, my little lion man. Because Papa has to go out for work, Papa has decided to self-isolate when coming home. That’s to keep you and everyone else safe (especially grandma!). It makes Papa sad that I can’t hug you and kiss you today, and that we can only see each other through the window. When you grow up, I’ll tell you all about how everyone in the world had to play their part to help each other. Love you, my Raif.

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Disebabkan perlu keluar untuk bekerja, Khairy Jamaluddin akur dengan perintah itu dan mengasingkan dirinya setiap kali pulang ke rumah supaya memastikan dia tidak membawa apa-apa virus yang boleh dijangkiti oleh orang yang disayanginya.

Selamat hari jadi ke-5 anak papa yang seperti singa. Disebabkan papa perlu keluar bekerja, papa mengambil keputusan untuk kuarantin diri setibanya di rumah. Ini adalah untuk memastikan keselamatan awak dan juga orang lain (terutamanya nenek!). Papa berasa sedih kerana tidak dapat memeluk dan cium kamu pada hari ini tetapi kita boleh melihat satu sama lain menerusi tingkap. Apabila awak besar nanti, papa akan beritahu awak tentang kisah semua orang di dunia yang membawa peranan masing-masing untuk membantu antara satu sama lain. Sayang Raif papa.

Tindakan Khairy Jamaluddin ini boleh dijadikan pedoman kepada rakyat lain supaya menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan patuh.

Comments

comments