Kuasa ‘Infinity Stones’ Kini Trending Pada Butang Baju Melayu?

6232

Para lelaki di luar sana yang masih tidak boleh move on dari filem Avengers: Endgame anda bolehlah bergaya pada hari raya ini dengan mnegumpulkan semua ‘infinity stones’ dalam kedua-dua siri Avengers.

Bagaimana nak kumpul ‘infinity stones’ sedangkan itu hanyalah sebuah filem?

Zaman sekarang ini semua fesyen boleh dijelmakan mengikut watak kegemaran anda termasuk watak jahat Thanos.

Pada hari raya ini, kepada lelaki yang ingin kelihatan tampan dan nampak  jahat anda boleh mengayakan butang baju Melayu yang terdiri daripada beberapa warna seperti mana yang kita lihat pada sarung tangan ‘infinity gauntlet’.

Butang baju Melayu ini mula tular di media sosial sejak Isnin lalu dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Tidak kurang juga yang berjenaka supaya dapatkan segera butang baju melayu ini sebelum Thanos.

Bukan itu sahaja, sejak bulan puasa bermula pada minggu ini, ramai orang di media sosial yang giat mempromosikan butang baju melayu untuk semua watak-watak dalam filem Avengers: Endgame.

Adakah demam Avengers: Endgame  masih belum reda hingga butang baju melayu pun dikeluarkan mengikut watak adiwira dalam filem itu?

Comments

comments