Kucing Pun Nak Raya Pakai Baju Melayu! Baru Ramai Nak Selfie

4990

Sudahkah anda menempah baju raya sedondon untuk anda sekeluarga? Jika sudah pasti anda tempah baju untuk kucing kesayangan anda juga.

Nama pun raya, mestilah meriah kan. Bukan kita sahaja sibuk beraya tetapi kucing anda semua nak ikut sama memeriahkan suasana aidilfitri.

Tetapi tahukah anda, zaman sekarang baju raya tidak lagi dikhususkan kepada manusia sahaja malah ia juga turut dijual buat kucing peliharaan kesayangan anda dengan pelbagai jenis warna dan juga rekaan sama seperti manusia.

Dari baju melayu, kurta dan pelbagai rekaan baju kurung untuk kucing anda semua. Nak lagi meriah, sarungkan sekali baju Melayu dan baju kurung bersaiz kucing supaya kucing anda nampak segak di hari lebaran betul tak?

Baru ramai orang nak bergambar dengan kucing anda. Nanti dia lagi glamer dari tuan dia.

Pada Tahun lepas, ia menjadi tren kepada warga Malaysia dan juga Singapura meletakkan gambar kucing mereka di media sosial memakai baju raya.

Dimana pada raya pertama, rata-rata pemilik kucing memuatnaik gambar kucing peliharaan mereka di laman sosial dengan baju kurung dan baju melayu berwarna warni bagi menceriakan sambutan Aidilfitri.

Facebook Sezairi Sezali
Facebook Sha Ulrich

Jadi kepada anda semua yang memiliki kucing, apakah tema warna baju raya tahun ini? Jangan lupa beli untuk kucing anda sekali barulah lengakap gambar potret keluarga nanti.

Comments

comments