Kuda Jatuh Ke Tanah, Pura-pura Mati Untuk Elak Ditunggang Manusia

1778

Seekor kuda  telah memperoleh ramai peminat dalam talian kerana kepintarannya mengelak dari ditunggang–dia jatuh ke tanah dengan penuh dramatik dan berlakon mati sehingga manusia yang ingin menunggangnya berlalu pergi.

Tidak dapat dipastikan sama ada kuda itu yang diberi nama  Jin Gangh–kuda paling melodramatik di dunia–berbuat demikian untuk menghiburkan pelancong, atau dia yang berbuat demikian sendiri–tetapi apa yang pasti, dia memang pandai mengelat.

Sebaik saja ada orang cuba menunggangnya, kakinya akan dibengkokkan dan kemudian dia jatuh ke tanah. Kadang-kadang dia akan membuka mulut dan menjelirkan lidah seolah-olah sudah mati.

Netizen merasa terhibur dengan aksi Jin Gangh dan menganggap ia bukan pemalas, ia cuma terlalu pintar.

“Buat apa angkat orang berat-berat jika boleh pura-pura mati?” Komen seorang netizen. – amazingnara.com

Comments

comments