KUIZ: Teka Perkataan Dalam Loghat Negeri Di Malaysia

Teka perkataan dalam loghat negeri di Malaysia

Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah negara yang unik dengan kepelbagaian dialek atau loghat khusus bagi negeri yang terdapat didalamnya. Anda mesti tahu tentang loghat negeri di Malaysia ini kan?

Boleh dikatakan, setiap satu negeri mempunyai loghat mereka yang tersendiri sekali gus memaparkan keunikan penggunaan bahasa dalam negeri tersebut.

Loghat ini adalah sebuah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

Advertisement

Ia mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa baku, baik dari segi sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu.

Namun, kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Boleh dikatakan, loghat dituturkan oleh sekumpulan masyarakat dalam satu-satu kawasan itu adalah untuk tujuan komunikasi dalam kehidupan seharian.

Jika anda dengar satu-satu perkataan yang dituturkan menggunakan loghat negeri tertentu, anda rasa anda tahu atau tidak ia loghat negeri mana?

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Comments