‘Kunyit Boleh Halau Kutu Tapi..’- Doktor Haiwan Perjelas Rawatan Lumur Kunyit Pada Kucing

rawatan kunyit pada kucing

Kalau korang perasan sejak akhir-akhir ini, viral beberapa video yang memaparkan beberapa individu membuat rawatan membuang kutu pada kucing dengan melumurkan kunyit pada badan haiwan tersebut.

Ada yang mendakwa cara seperti ini merupakan cara tradisional dan jimat kos yang boleh dilakukan selain membawa kucing ke klinik haiwan atau menggunakan ubat-ubatan lain.

Pun begitu, seorang doktor haiwan yang dikenali sebagai Salehatul Khuzaimah memberikan penjelasan mengenai rawatan ini dengan video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Jom sama-sama kita dengar penjelasannya…

Advertisement
@drima_vet

Lumur kunyit pada kucing untuk rawat fungus/kutu/kurap? #vetlife #drima_vet #TikTokGuru #foryoupage #fyp #cat

? original sound – Salehatul Khuzaimah – Salehatul Khuzaimah

Menurut doktor tersebut, tiada atau terlalu sedikit bukti klinikal tentang keberkesanan pada kucing dan cara ini dipercayai hanyalah berdasarkan pendapat individu dan tidak mempunyai bukti saintifik yang kukuh.

Tambahnya, jika kucing ada mengalami masalah kesihatan perlulah dihantar ke klinik kesihatan untuk rujukan.

Sumber

SUMBERTikTok

Comments