Kurangkan Makanan Laut Bercekerang, Anda Berisiko Keracunan

284

Buat pengemar makanan laut bercekerang terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan jenis itu berikutan risiko dijangkiti penyakit akibat keracunan logam berat.

Pensyarah Kanan Program Biologi Marin, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Ong Meng Chuan berkata menerusi kajian yang dijalankan pasukannya, pencemaran logam seperti arsenic, kadmuim plumbum dan merkuri banyak dikesan di kawasan muara sungai dan pelabuhan di sepanjang selat Melaka.

Katanya antara kawasan yang dikesan berisiko menghadapi pencemaran logam berat itu sekitar perlabuhan di perairan Johor, Pelabuhan Klang, dan muara sungai di Pulau Pinang.

Fenomena itu secara tidak langsung turut mencemari sumber makanan laut kerana sifat haiwan bercenkerang ini ia mendiami habitatnya dan tidak bergerak ke tempat lain secara tidak langsung ia memperoleh sumber makanan daripada tempat ia tinggal.

Jadi sudah tentu jika perairan itu dicemari logam-logam  berkenaan, sudah pasti ia turut mencemari haiwan bercengkerang itu yang seterusnya dimakan oleh manusia.

Kajian tersebut dijalankan pasukan Ong baru-baru ini dalam perlayaran sainstifik menggunakan kapal penyelidikan UMT, RV Discovery sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) dari 13 hingga 22 Mac dari Kuala Terengganu hingga ke Tanjung Lembong, Pulau Langkawi, Kedah.

Ong berkata tidak ramai menyedari kesan pencemaran logam berat daripada sumber makanan laut boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia kerana ia melibatkan kesan jangka masa panjang.

Kesan pencemaran logam berat terhadap manusia mengambil masa yang lama untuk dikesan sebab ia melalui proses biokomulasi dimana kita makan sedikit daripada makanan itu yang dicemari arsenic atau merkuri(logam ini tidak diperlukan oleh badan) setiap hari dan akhirnya akan menyebabkan kita mendapat pelbagai penyakit”.

Sumber: Bernama

Comments

comments