Lagenda NBA Kobe Bryant Meninggal Dunia Di Dalam Nahas Helikopter Terhempas

kobe bryant

Lagenda sukan bola keranjang dunia, Kobe Bryant dilaporkan meninggal dunia di dalam kejadian helikopter terhempas di Calabasas, California. Di dalam kejadian itu, beliau dan kesemua penumpang helikopter peribadinya itu terkorban dan tiada sesiapa yang terselamat.

Berdasarkan laporan, kesemua penumpang di dalam perjalanan ke latihan bola keranjang di Mamba Academy, California. Penumpang di dalam helikopter tersebut merupakan beberapa pemain dan keluarga. Turut berada di dalam helikopter ialah anak perempuan beliau, Gianna Bryant yang berusia 13 tahun.

kobe bryant

Kobe Bryant sebelum ini merupakan pemegang rekod pengumpul mata terbanyak ketiga di NBA, 33.643. Namun, sehari sebelum pemergiannya rekod tersebut berjaya dipecahkan oleh bintang Lakers, LeBron James.

Advertisement

Malah, Kobe Bryant sendiri sempat mengucapkan tahniah kepada James dan memuatnaik satu tweet di Twitter menjadikan ianya tweet terakhir beliau sebelum terkorban.

Anugerah Grammy yang sedang berlangsung pada pagi ini sempat merakamkan tribute di atas pemergiannya itu. Pihak produksi membawakan persembahan akustik dari Alicia Keys dan Boyz II Men dan membawakan persembahan It’s So Hard To Say Goodbye to Yesterday” di atas pemergian itu.

Comments

comments