“Lain Yang Ditempah, Lain Yang Diterima”

air kencing

Malang tidak berbau buat seorang lelaki di United Kingdom (UK) apabila dia membuat tempahan secara atas talian namun apa yang diterimanya ialah sebotol air kencing.

Lelaki yang dikenali sebagai Oliver McManus berkata pada mulanya dia keliru dengan botol berisi cecair berwarna kuning.

Sejurus membuka penutup botol itu, dia terhidu bau air kencing manusia sebelum membuat aduan di media sosial Twitter tentang apa yang terjadi ke atas dirinya.

Ciapannya di Twitter telah tular dan restoran itu telah tampil membuat permohonan maaf kepada Oliver.

Advertisement

“Kami bagaikan tiada kata-kata bagaimana untuk mengungkapkan hal ini dan menzahirkan rasa maaf atas apa yang berlaku. Tolong mesej kepada kami untuk kita selesaikan apa yang berlaku”.

Dalam masa yang sama, jurucakap restoran itu sekali lagi tampil membuat permohonan maaf atas kejadian yang menimpa pelanggan mereka.

SUMBER

 

Comments

comments