Lama Sangat Single, Wanita Ini Dipukul Ibunya Dengan Batang Besi

2094

Ajal, maut, dan jodoh semuanya ketetentuan tuhan. Lambat atau cepat mendirikan rumah tangga bukanlah penentu kebahagian sebenar. Menurut kajian, pada hari ini semakin ramai wanita yang berkahwin lambat.

Ini juga berlaku di China, walaupun sudah berusia 30 tahun wanita ini masih belum bertemu dengan jodohnya menyebabkan gadis ini telah dipukul ibunya dengan batang besi dipercayai kerana telalu lama membujang.

Menurut South China Morning Post, kejadian yang berlaku di Changzhou, China ini telah menyebabkan mangsa, Lin, 30, mengalami pendarahan dan lebam di beberapa bahagian badannya dan terpaksa memanggil polis.

Dikatakan ibu kepada Lin, Wang tidak mahu berkerjasama dengan pihak polis kerana yang dipukul itu anaknya sendiri.

Wang pernah memukul anaknya itu sebelum ini, namun dia tidak dikenakan tindakan undang-undang atas perbuatannya itu kata seorang pegawai polis yang berpindah dari Utara China ke Jiangsu.

Lin mendakwa dia sering dipukul ibunya yang tidak berpuas hati kerana dia masih bujang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan membantu ibunya menguruskan restoran sepenuh masa.

umur 30 tak kahwin

Menurut Wang lagi, anak perempuannya itu tidak memberikan keuntungan dalam keluarganya kerana dia telah berhenti kerja dan bekerja di restoran miliknya sahaja.
restoran miliknya

Bukan itu sahaja, konflik terakhir yang berlaku diantara anak perempuannya apabila Lin tidak mahu membersihkan rumah.

Saya sangat marah dan ingin memukulnya.

Dia menjawab pukullah. Saya melihat terdapat satu besi di bahagian dapur rumah, jadi saya mengambil dan memukulnya, kemudian dia melarikan diri.

Tambah ibu ini, dia sering bertengkar dengan anak perempuannya setelah anaknya itu mengetahui ibu bapanya membeli rumah untuk abangnya. Dia merasakan ibu bapanya lebih sayangkan abangnya berbanding dirinya.

 

Serius jugak masalah ibu dan anak ini, berbincanglah untuk selesaikan masalah sebelum menjadi semakin keruh.

 

Sumber: South China Morning Post

Comments

comments