Lambakan Strawberi Tak Terjual, Wanita Berharap Ada Cara Bantu Peniaga Cameron Highlands

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, terdapat beberapa sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi demi mengekang wabak Covid-19 termasuklah sektor pelancongan.

Hal ini berhubung satu perkongsian seorang individu di laman TikTok yang menunjukkan terdapat banyak longgokan strawberi di Cameron Highlands tidak terjual disebabkan tiada pelancong yang datang berkunjung.

@ekinyayang

Any idea? #tiktokmalaysia #fypmalaysia #foryou #cameronhighlandsmalaysia

? original sound – Ezaaa? – EzaAraa??

Umumnya, para pelancong pasti akan pergi ke Cameron Highlands dan akan ambil peluang untuk menikmati buah strawberi di sana. Tapi disebabkan PKP, pelancong tidak dapat pergi ke sana dan para peniaga tidak dapat menjual keapda mereka.

Advertisement

Menurut pemilik akaun, banyak strawberi yang tak terjual dan berharap ada usaha dan cadangan yang dapat dilakukan supaya kesemua strawberi itu tidak dibiarkan begitu saja dan dapat membantu para peniaga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mencadangkan supaya kesemua strawberi tersebut dijadikan jem dan boleh dijual secara online.

Bukan itu saja, ada juga yang mencadangkan supaya strawberi tersebut dijual secara borong dan dihantar ke luar kawasan Cameron Highlands.

Semoga para peniaga yang terkesan dapat dipermudahkan untuk mencari rezeki.

Sumber 

Comments

comments

SOURCETikTok