Lamborghini Bantu Itali Hasilkan ‘Face Mask’

Gambar Hiasan

Kehadiran virus COVID-19 sangat memberi kesan yang buruk kepada negara di seluruh dunia. Selain menjejaskan kesihatan seseorang, virus ini turut menjejaskan sektor pelancongan dan sektor yang berkaitan akibat pelbagai sekatan telah dijalankan sekaligus menggoncang ekonomi negara.

Selain itu, pelbagai masalah lain turut timbul akibat perubahan permintaan yang tinggi terhadap sesetengah barang yang berfungsi untuk mencegah virus tersebut seperti face mask dan hand sanitizer kerana sering habis di pasaran.

Baca: Presiden Russia Selesaikan Masalah Penjualan Topeng Muka Pada Harga Tinggi Dengan Satu Langkah Drastik

Melihat kepada penularan wabak COVID-19 di Itali yang semakin teruk, syarikat automotif terkenal iaitu Lamborghini sudi menghulurkan bantuannya kepada negara tersebut dengan menghasilkan face mask dan pelindung muka dalam usaha menangani wabak COVID-19.

Face mask yang dihasilkan di ruangan yang sama Lamborghini Aventador Super Veloce Jotas dan Lamborghini Huracan dihasilkan.

Proses penghasilan face mask Proses penghasilan Mask Proses penghasilan face maskSudah pasti face mask yang dihasilkan sangat berkualiti.

Walau ramai yang mengatakan bahawa face mask dan pelindung muka yang dihasilkan ini dijangka akan laris dijual kerana jenamanya yang dikenali ramai, tetapi Lamborghini tidak berminat sama sekali untuk menjualnya.

Sungguh mengujakan kerana Lamborghini sebelum ini hanya menghasilkan kereta.

Gambar Hiasan

Difahamkan semua face mask yang dihasilkan ini akan disalurkan terus ke hospital di Bologna, Itali.

Baca: Pereka Fesyen Ternama, Datuk Radzuan Radziwill Bantu Hasilkan PPE Untuk ‘Frontliners’

Sumber

Comments

comments