Lampin Pintar Siap Dengan Wifi, Mudahkan Kerja Ibu Tukar Lampin Anak

1152

Lampin khas untuk bayi telah direkacipta menerusi kerjasama syarikat Pampers dengan anak syarikat Google, bertujuan memantau tabiat tidur, makan, serta kekerapan menukar lampin.

Lampin yang diberi nama ‘Lumi’ ini merangkumi dua paket lampin, dua sensor pakai buang dan sebuah monitor yang boleh dihubungkan pada sistem WiFi.

Sensor pada lampin bertujuan mengesan kelembapan pada lampin, seterusnya menghantar notifikasi pada aplikasi Lumi by Pampers untuk perhatian ibu bapa serta penjaga bayi.

Data yang disalurkan kepada telefon pintar pemilik boleh digunapakai untuk menentukan sama ada lampin berkenaan perlu ditukar, mahupun sebaliknya.

Sehingga kini, harga lampin berkenaan masih belum didedahkan tetapi ia dijangka akan mula dijual di Amerika Syarikat hujung tahun ini.

Makin hari makin maju sekarang, senanglah ibu-ibu nak uruskan anak-anak dengan teknologi seperti ini.

Tetapi, pasti harganya agak mahal ini, sama-samalah kita tunggukan untuk tahu berapa harga yang dijual di pasaran Malaysia nanti.

 

Sumber: The Washington Post

 

Comments

comments