Langgan ‘Ayam’ Wuhan, Sekumpulan Lelaki Sedang Dikesan Kementerian Kesihatan Singapura Dikhuatiri Dijangkiti #Coronavirus?

46317

Satu salinan skrin tulisan Facebook yang disebarkan di media sosial mengatakan, beberapa orang di Singapura mungkin telah dijangkiti novel coronavirus setelah melanggan khidmat seorang pekerja seks dari Wuhan yang berada di Singapura dan telah disahkan positif dijangkiti virus maut tersebut.


Virus corona jenis baru itu dikatakan tersebar melalui titisan air di udara. Ini bermakna, pemindahan bendalir badan kerana hubungan seksual juga besar kemungkinan akan menjangkitkan virus tersebut.

Kes Coronavirus pesakit nombor 12 di Singapura–ada  tak sesiapa yang suami atau teman lelakinya merupakan pelanggan kepada pekerja seks dari Wuhan?

Sebelum dimasukkan ke hospital, wanita ini berada di Village Hotel Sentosa, Hotel 81 Princess dan Home Suite View Hotel, kedua-duanya di Geylang. Dia pergi ke sana menggunakan teksi.

Pelanggan-pelanggannya perlu dikuarantin seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura, dan mereka punya senarai pelanggannya. Bayangkan apa reaksi isteri pelanggan-pelanggannya bila dapat tahu?

Kena virus masih ada 98% kebarangkalian survival. Isteri tahu–tinggal 2% sahaja kebarangkalian survival.


Saat ini tidak pasti apa yang ditakuti oleh lelaki-lelaki yang melanggan perkhidmatan wanita Wuhan tersebut–sama ada simptom yang bakal muncul akibat jangkitan coronavirus, atau kemarahan isteri atau teman wanita masing-masing bila mengetahui perkara sebenar.

Yang pasti, kedua-duanya boleh membawa maut.

Begitu pun, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Kementerian Kesihatan Singapura berhubung tulisan Marwana Suleiman, justeru kesahihannya tidak dapat dipastikan. – amazingnara.com

Comments

comments