Langgar Lampu Isyarat, Tengking Dan Buat Kecoh, Tiga Beradik Ini Ditahan Polis

Mayat-mayat musuh digantung bawah jambatan.

Tindakan berani tiga beradik menengking, membuat kecoh serta menolak anggota polis yang melakukan pemeriksaan di Jalan Merdeka membawa padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 malam, di mana dua anggota polis dari Balai Polis Ampang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah.

Ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, mereka terserempak dengan kereta Honda berwarna putih dinaiki seorang lelaki melakukan kesalahan lalu lintas dengan melanggar lampu isyarat merah.

Anggota polis menahan kenderaan itu dan meminta pengenalan diri pemandu. Ketika proses mengeluarkan saman, suspek menengking dan meninggikan suara dan mempersoalkan tindakan anggota berkenaan

Mohamad Farouk berkata, selang beberapa minit kemudian, dua lelaki yang juga abang kandung kepada suspek pertama datang ke lokasi kejadian.

Tidak cukup dengan itu, salah seorang abang kepada suspek (pertama) kemudian membuat kecoh dengan menjerit ke arah anggota itu dengan mempersoalkan tindakan pengadu memeriksa adiknya.

Malah, suspek juga turut mengambil rakaman gambar dan video ketika kejadian. Ketika keadaan semakin kecoh, pihak polis mengarahkan semua suspek untuk ke balai.

Advertisement

“Namun, tiba-tiba salah seorang anggota polis ditahan dan ditolak sehingga terjatuh. Pihak polis terus membuat tangkapan terhadap tiga suspek berkenaan yang berusia antara 28 hingga 42 tahun”

Beliau berkata, tiada kecederaan serius dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.

Ujian saringan air kencing dilakukan mendapati semua suspek berkenaan yang berkerja sebagai mekanik negatif dadah, manakala semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah.

Macam-macam hal ya sekarang. Semoga kes ini dapat diadili sebaiknya. Salah tetap salah!

SUMBER

 

Comments