Laungan Azan Iringi Pasukan Petugas Kesihatan Dari Kelantan Ke Sabah

Akhir-akhir ini, kes peningkatan wabak Covid-19 semakin meningkat di negeri Sabah. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menghantar barisan petugas kesihatan bagi membantu pasukan perubatan di sana.

Susulan peningkatan wabak COVID-19 di negeri Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) difahamkan bertindak menghantar barisan petugas kesihatan bagi membantu pasukan perubatan di lokasi tersebut.

Menerusi sebuah hantaran tweet di laman Twitter, jelas kelihatan momen sayu apabila tular sepotong video menyaksikan

Pasukan perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu diiringi laungan azan sebelum mereka berangkat ke Sabah.

Advertisement

Bukan sekadar itu sahaja, pemergian mereka juga turut diiringi tangisan daripada sahabat sekerja mereka yang sebak melihat perjuangan yang ditonjolkan pasukan berkenaan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, bagi meringankan beban petugas sedia ada di Sabah, seramai 48 orang Penolong Pegawai Perubatan dan tujuh orang Pembantu Perawatan Kesihatan dari Semenanjung Malaysia telah dimobilasi ke negeri tersebut.

Katanya lagi, mereka yang terlibat merupakan individu yang datang dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak terlepas menzahirkan rasa sebak dan terharu terhadap pengorbanan barisan hadapan ini kerana sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi menangangi penularan wabak berkenaan dan kesihatan rakyat Malaysia.

Comments

comments