Lawat Rumah Pak Lah Ketika PKPD, Annuar Musa Dikompaun RM 2,000

annuar musa dikompaun

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM 2,000 kerana melanggar SOP dengan menziarahi kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.

Hal itu disahkan oleh Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abidin dan mengatakan tindakan itu diambil mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

annuar musa dikompaun
Sumber : Utusan Malaysia

Sebelum ini, Annuar yang juga merupakan Ahli Palimen Ketereh ada memuat naik satu tweet di akaun Twitter miliknya memaklumkan bahwa beliau telah berkunjung ke rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi Sabtu lalu.

annuar musa dikompaun
Sumber : Twitter

Walau bagaimanapun, posting itu telah dipadam di akaun media sosialnya selepas menerima banyak kritikan daripada netizen yang mendakwa tindakannya itu telah melanggar SOP PKPD yang ditetapkan.

Advertisement

Netizen juga mempersoalkan tindakannya itu kerana melakukan aktiviti ziarah sewaktu negara masih dalam keadaan ‘total lockdown’.

Sumber

SUMBERUtusan Malaysia

Comments