Lebih 10 Tahun Menetap Di UK, Pemuda Asal Malaysia Ini Masih Fasih Berbahasa Melayu

lelaki fasih bahasa melayu

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti perlu untuk fasih berbahasa Melayu memandangkan ianya merupakan bahasa kebangsaan negara kita.

Begitulah yang diterapkan oleh seorang pemuda ini yang masih lagi fasih berbahasa Melayu walaupun sudah tinggal lama di United Kindom.

Menerusi video tiktok yang dimuat naik di akaun @kurtious, dia menjawab satu soalan daripada warganet yang bertanya adakah dia masih boleh berbahasa Melayu. Pemuda berkenaan menjawab pertanyaan itu dengan menceritakan serba sedikit latar belakangnya.

@kurtious

Reply to @nicoernadia26 Flexing my ?? roots ? #bahasamelayu #malaysian #kadazan #sabahan #asian #polyglot #language #malay #scotland #uk

? original sound – Kurtious

Advertisement

“Saya boleh cakap Melayu. Saya dilahirkan di Sabah, original daripada Penampang dan berbangsa kadazan.”

Menurutnya, sewaktu kecil dia bersama keluarganya berpindah ke Miri, Sarawak dan membesar di negeri berkenaan sehingga berumur 17 tahun. Tambahnya, dia telah berpindah ke United Kingdom pada 11 tahun lalu dan kini menetap di Scotland.

Walaupun pemuda ini masih boleh bertutur bahasa Melayu namun dia mengaku pertuturannya itu agak sedikit pelik kerana ada loghat Mat Salleh.

Ada yang mula bergurau dengan mengatakan suara pemuda ini seakan-akan suara di sebalik google translate.

fasih bahasa melayu

fasih bahasa melayu

fasih bahasa melayu

Ramai yang memuji dan bangga kerana walaupun pemuda ini sudah menetap di luar negara lebih 10 tahun tapi dia masih boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

fasih bahasa melayu fasih bahasa melayu fasih bahasa melayu fasih bahasa melayu

Sumber 

Comments