Lebih 500 Sekolah Di Korea Selatan Ditutup Semula Selepas Berlaku Peningkatan Kes COVID-19

sekolah korea selatan

Korea Selatan terpaksa mengubah keputusan mereka mengenai pembukaan sekolah-sekolah apabila berlakunya peningkatan kes COVID-19 secara mendadak. Pada Jumaat lalu, negara itu kembali menutup semula lebih 500 sekolah gara-gara peningkatan kes yang diterima.

Penutupan semula ini adalah sebagai usaha untuk menghentikan peningkatan semula kes COVID-19 di ibu kota, Seoul. Sebilangan sekolah yang ditutup semula pada hari Jumaat lalu baru sahaja dibuka beberapa hari kebelakangan ini. Buat masa ini, para pelajar akan beralih ke pembelajaran jarak jauh di rumah masing-masing.

Langkah keselamatan telah dilakukan

korea selatan
Penghadang khas dipasang di setiap meja pelajar

Sebanyak 26 juta penduduk, kira-kira separuh daripada populasi Korea Selatan tinggal di kawasan metropolitan Seoul. Sekolah menengah di wilayah Seoul hanya dapat memiliki dua pertiga daripada populasi pelajarnya pada satu masa sehingga 14 Jun.

Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan sekolah pendidikan khas hanya boleh menerima satu pertiga daripada pelajar mereka dalam satu masa.

Advertisement

Pada hari Khamis, sebanyak 838 sekolah di seluruh negara telah menangguhkan pembukaan semula sekolah-sekolah tersebut dan melanjutkan kelas dalam talian. Walaupun beberapa langkah keselamatan telah dilakukan di sekolah-sekolah, ianya masih sukar untuk membendung penularan wabak itu.

Acara kembali dibatalkan

Taman, galeri seni, muzium dan teater yang beroperasi di Seoul kembali ditutup semula untuk orang awam selama dua minggu yang akan datang. Menurut Menteri Kesihatan Park Neung-hoo, acara yang dianjurkan kerajaan juga akan dibatalkan atau ditangguhkan dengan kadar serta merta.

korea selatan

Pihak berkuasa kini mencadangkan akademi persendirian dan cyber cafe ditutup sehingga 14 Jun ini. Beliau turut meminta penduduk yang menetap di Seoul untuk tidak keluar daripada rumah atau menganjurkan sebarang majlis untuk dua minggu akan datang.

Penularan terkini COVID-19 adalah berpunca daripada kluster terbaru di pusat logistik yang terletak di Bucheon. Hampir 100 kes mempunyai kaitan dengan kluster tersebut.

Setakat ini, 3,836 individu daripada 4,351 pekerja dan pelawat pusat itu telah menjalani ujian saringan. Kesemua pekerja pusat logistik yang kembali bekerja pada 12 Mei lalu diminta melalui kuarantin di rumah dan melakukan ujian.

Para pelajar atau guru yang tinggal bersama-sama mereka yang bekerja di pusat logistik itu diminta untuk kekal berada di rumah.

korea selatan

Dalam masa tiga hari sebelum hujung minggu lalu, sebanyak 177 kes baru dilaporkan. Ini menyusul menjadi lonjakan terbesar kes COVID-19 di negara itu dalam masa lebih dari 50 hari pada hari Khamis, ketika dilaporkan 79 orang lagi telah dijangkiti.

Mustahil untuk Korea Selatan

Korea Selatan sebelum ini dipandang tinggi sebagai contoh kepada negara lain, bagaimana mereka mengehadkan penyebaran coronavirus tanpa perintah ‘lockdown’ yang meluas. Ujian saringan, pengesanan kontak rapat dan proses kuarantin yang dilakukan dipuji sebagai terbaik dengan kedudukan teratas di dunia.

korea selatan

Kesusahan yang dialami oleh Korea Selatan untuk mencegah wabak ini walaupun beberapa langkah-langkah ketat dilaksanakan. Menunjukkan perjuangan yang bakal dihadapi oleh negara-negara lain sebaik sahaja perintah berkurung ditamatkan.

Pada awal hari Jumaat lalu, 11,402 kes telah dilaporkan di Korea Selatan. Terdapat 269 kematian dan 770 pesakit yang sedang menlalui kuarantin pada masa ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments