Lebih Selamat Dan Mudah! Maybank Perkenal Secure2u, Ganti Khidmat SMS TAC

kaedah Secure2u

Lebih canggih dan mudah!

Pihak Maybank mengumumkan berita gembira buat semua pengguna bahawa tiada lagi SMS TAC akan dihantar sekiranya mereka ingin membuat transaksi Maybank2u. Ia digantikan dengan cara Secure2u yang lebih selamat dan mudah.

Jika sebelum ini pengguna perlu mengesahkan nombor TAC untuk membuat sebarang transaksi Maybank2u. Kini, mereka hanya perlu mengesahkan transaksi yang dibuat melalui Secure2u di aplikasi Maybank2u.

kaedah Secure2u

Advertisement

Kaedah itu akan dikuatkuasakan bermula 15 Mac ini di mana pengguna boleh menggunakan Secure2u untuk membuat sebarang transaksi melibatkan pembayaran bil dan transaksi lain melibatkan sebarang nilai.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak Maybank menyatakan langkah mudah itu adalah sebahagian daripada usaha mereka bagi memastikan keselamatan perbankan dalam talian yang lebih baik.

Selain itu, pengguna Maybank2u boleh bersetuju atau menolak transaksi dalam talian setelah amaran pemberitahuan mengenai transaksi dihantar ke telefon dengan lebih selamat.

kaedah Secure2u

Bagi pengguna yang telah mendaftar Secure2u, akses perkhidmatan berkenaan akan bertukar kaedah lalai untuk semua transaksi. Sila klik pada tab Menu di sebelah kiri dan tekan Secure2u disusuli arahan seterusnya.

One Time Password  akan dihantar ke telefon dan pengguna diminta untuk memasukkan ID dan kemudian tekan submit 

SUMBER

 

 

Comments

comments