Leburaya Utara-Selatan Dibanjiri Ribuan Jumlah Kenderaan

lebuh raya

Sejak malam tadi, keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan meningkat dengan mendadak. Rata-rata kenderaan berhenti di empat lokasi utama di sepanjang lebuh raya.

Empat lokasi berkenaan termasuk kawasan Tanjong Malim dan Putera Mahkota dari Sungai Besi ke Seremban, KLIA dan Skudai. Laporan ini dinyatakan sendiri oleh kakitangan di pusat penyelarasan lebuh raya tersebut.

Keadaan jalan raya yang sedang sesak ketika itu akan memakan masa perjalanan selama beberapa jam. Ribuan kenderaan yang berada di atas jalan akan menyukarkan kelancaran lalu lintas. Tambahan pula, lebih banyak pertambahan kenderaan dijangka akan melalui lebuh raya yang sama.

jakan raya

Laluan dari Sungai Besi menuju ke Seremban, dilaporkan bertambah buruk dengan jumlah kenderaan yang meningkat secara mendadak.

Pihak polis sedang giat mengadakan sekatan jalanraya bagi menghalang orang ramai daripada merentasi sempadan negeri. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi berkuatkuasa sehingga 9 Jun ini maka orang ramai masih lagi mengalami kekangan dari segi pergerakan.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan, 3,212 pemandu diarahkan untuk berpatah balik ke sempadan negeri. Ini ekoran daripada peningkatan 1,175 jumlah pemandu semenjak hari Isnin.

jalan raya

Peningkatan yang berlaku menunjukkan bahawa orang ramai sedang dalam usaha untuk mengatasi sekatan jalan raya. Tujuannya untuk pulang ke kampung halaman agar dapat merayakan Hari Raya yang bakal disambut Ahad ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan sekali lagi bahawa perjalanan antara negeri hanya dibenarkan kepada individu yang mempunyai urusan kecemasan dan dengan keizinan pihak polis. Selain daripada urusan tersebut, mana-mana pemandu tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan merentasi negeri.

Sumber 

Jom ‘like‘ dan ‘followFacebook & Twitter Amazing Nara untuk mengetahui berita sensasi dan terkini di seluruh dunia. 

Comments

comments