Lelaki Bebel Rakan Goreng Telur Guna Periuk Buat Ramai Ketawa

Lelaki Goreng Telur Guna Periuk

Tidak dinafikan, tak semua orang jenis yang suka masuk dapur ataupun dalam erti kata lain, jarang memasak di dapur. Ianya mungkin disebabkan individu tersebut tidak suka memasak atau lebih gemar makan masakan air tangan orang lain. Namun, ianya bukan lah satu perkara yang negatif dan salah.

Ini adalah kerana, kadangkala seseorang itu tidak suka memasak tetapi mereka rajin untuk melakukan kerja rumah yang lain seperti menyapu, mengemop, basuh baju, sidai kain dan lain-lain. Bukan itu sahaja, kadang mereka juga rajin mencuci pinggan mangkuk di dapur.

Bagi individu yang jarang memasak di dapur ini, sudah pasti ada kalanya mereka tidak dapat membezakan barang atau perkakas yang digunakan di dapur dan keliru mana satu yang sesuai digunakan. Ya lah, kadang itu ada yang keliru sampai tertukar antara kuali dan periuk.

Advertisement

Gelagat seorang lelaki goreng telur menggunakan periuk

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @theaqil_ yang memaparkan gelagat seorang lelaki memeningkan kepala rakannya kerana menggoreng telur menggunakan periuk.

@theaqil__siapa ajar dia goreng telur guna periuk thial?? original sound – AQIEL

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu dilihat sedang menggoreng telur di dapur. Namun, berlaku pula satu masalah lain iaitu dia terpaksa mengikis telur tersebut gara-gara telur goreng itu melekat pada periuk yang digunakan dan tidak dapat dikeluarkan.

Apa yang mengiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila rakan lelaki itu kemudiannya melihat gelagatnya dan mula membebel selepas dia menyedari yang lelaki itu menggunakan periuk dan bukannya kuali untuk menggoreng.

Malahan, rakannya juga sempat menunjukkan kuali yang sepatutnya digunakan untuk tujuan menggoreng dan bukannya periuk yang dipakai oleh lelaki tersebut. Lebih melucukan, lelaki itu akhirnya berjaya mengeluarkan telur yang digoreng walaupun ia dalam keadaan yang hancur.

“Lepas ni aku goreng telur guna periuk nasi je”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.3 juta tontonan, 168.4 ribu tanda like dan 2.3 ribu komen. Rata-rata netizen turut sama ketawa melihat gelagat lelaki tersebut menggoreng telur di dalam periuk serta rakannya yang bebel kepadanya.

Lelaki goreng telur guna periuk Lelaki goreng telur guna periuk Lelaki goreng telur guna periuk Lelaki goreng telur guna periuk Lelaki goreng telur guna periuk Lelaki goreng telur guna periuk

Lelaki goreng telur guna periuk
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan yang rakan lelaki tersebut membebel seperti golongan mak-mak membebel kepada anak-anak. Mungkin dia belajar daripada mak dia la kot bebel macam tu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments