Lelaki Buat Parodi Iqbal Tayang Kucing Buat Netizen Terhibur

Lelaki buat parodi adegan Iqbal tunjuk kucing

Seperti yang kita tahu, peredaran berita tentang hubungan usahawan kosmetik Dato’ Seri Vida dengan Ahmad Iqbal dilihat masih hangat disiarkan dan sering menjadi tajuk berita setiap pengamal media.

Hal ini kerana, hubungan kedua-dua usahawan itu tidak mendapat restu daripada anak DS Vida yang dikenali sebagai Cik B. Gadis berusia 16 tahun itu telah mencetuskankan konflik dengan ibunya dan dilihat sering ‘bertikam lidah’ untuk menidakkan hubungan mereka.

Konflik antara dua beranak itu turut mendapat perhatian daripada Ahmad Iqbal sendiri. Menurutnya, netizen sering menyatakan bahawa sebab utama dia ingin mengahwini DS Vida adalah disebabkan faktor kekayaan semata-mata.

Advertisement

Tular video Iqbal tunjukkan kucingnya dan lempar duit depan wartawan

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan oleh mStar melalui laman Instagram mereka memaparkan aksi Iqbal mempamerkan segala kemewahan di dalam rumahnya.

Dia juga dilihat turut melemparkan wang yang banyak bagi membuktikan cintanya dengan DS Vida bukan lah kerana wang semata-mata.

Bukan itu sahaja, Iqbal juga dilihat menunjukkan dua ekor kucing yang dia miliki dengan harganya mencecah RM23,500. Tambah Iqbal lagi, kos yang sudah dia habiskan untuk penjagaan kucingnya itu berharga hampir RM50,000.

Seorang lelaki membuat parodi adegan Iqbal menunjukkan kucingnya

Disebabkan tularnya video tersebut, tular pula sebuah lagi perkongsian video di laman TikTok oleh seorang pengguna bernama along62empire yang memaparkan lelaki itu meniru semula adegan tersebut dengan dialog-dialog yang lucu.

@along62empirealang2 sembang boleh kot tera ni iqbal??##along62 ##iqbaalramadhan ##fyp? original sound – along62empire

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu dilihat memegang dua ekor kucingnya sambil ‘menipu’ soal harga seekor kucingnya yang sangat mahal.

Bukan itu sahaja, dia kemudiannya keluar dari rumahnya lalu menunjukkan sangkar kucingnya tersebut yang diimport khas dari Australia.

“Awak berjaya bagi saya gelak kuat hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 163.2 ribu tontonan, 8.4 ribu tanda like dan 1.2 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut membuat parodi adegan yang dilakukan oleh Iqbal itu.

Lelaki buat parodi adegan iqbal tunjuk kucing
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki buat parodi adegan iqbal tunjuk kucing
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan lelaki tersebut adalah sangat kaya kerana menganggap kucing dengan harga RM20k adalah murah.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments