Lelaki Cari Pasangan Hidup Guna Gegantung Kerana Terlalu Banyak Persaingan Di Media Sosial

1869

Noor Aziro bin Abdullah dari Marang, Terengganu, akhirnya berjaya menarik perhatian ramai setelah mencuba mencari jodoh dengan memasang gegantung mengiklankan dirinya untuk mencari isteri.

Malay Mail melaporkan, Aziro berkata dia telah menggantung dua gegantung di Dungun, Terengganu — satu di bandar dan satu lagi di Pantai Teluk Bidara.


Lelaki berusia 35 tahun itu mengakui yang dia sudah putus asa mencari isteri menggunakan media sosial kerana terlalu banyak persaingan dan pilihan.

Jadi saya putuskan untuk naikkan gegantung diri saya–dengan harapan ada wanita dari kampung-kampung berdekatan akan berminat.

Apa yang mengejutkan, Aziro menerima panggilan telefon dari orang tidak dikenali bertanyakan jika gegantung itu sahih.

Saya terima panggilan dari Kedah, KL, Selangor dan malah Kuantan.

Ada yang telefon dari Pulau Pinang sambil memuji ketulenan idea dan kaedah yang saya gunakan untuk cari isteri.

Aziro masih belum memberitahu ahli keluarganya mengenai pencariannya, dan masih berharap ada wanita berkenan dengannya, mengatakan yang dia berdoa untuk yang terbaik. – amazingnara.com

Comments

comments