Lelaki Cipta Hon Untuk Pejalan Kaki Jimat Waktu, Tempuh Kesesakan Setiap Hari

971

Jika anda menetap di bandar, pasti anda mengetahui kesakitan dan penyeksaan yang terpaksa ditahan ketika berada di jalan raya.

Bukan itu sahaja, banyak masalah yang berlaku ketika anda sedang memandu di jalan raya yang sedang sibuk ini.

Antaranya orang yang masuk ke lorong anda tanpa bagi signal, dan leka bermain telefon semasa lampu isyarat bertukar warna hijau.

Ini memaksa anda untuk membunyikan hon disebabkan perangai mereka semasa memandu. Bunyi hon juga sudah cukup sinonim dengan penduduk di bandar besar kerana tindakan mereka ini.

Kes ini turut berlaku kepada pejalan kaki ketika berjalan di laluan pejalan kaki yang disediakan.

null

Kebanyakan orang yang berjalan kaki tidak sedar kadangkala mereka telah memberi masalah kepada orang lain yang sedang mengejar waktu mereka.

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, seorang lelaki dari Amerika telah mencipta hon untuk pejalan kaki bagi memastikan perjalannya lancar.

Yosef Lerner mendapat ilham untuk mencipta alat tersebut selepas berdepan kesesakan luar biasa ketika sedang berjalan kaki disekitar bandar New York.

Hon yang didatangkan bersama stering itu lengkap dengan tali sandang bagi memudahkan ia dibawa kemana-mana.

Pada mulanya Yosef mahu menjual gajet tersebut sekitar AS$699 (RM2,906), namun membatalkan hasrat itu kerana tidak mahu pencemaran bunyi bertambah.

 

 

 

 

 

Comments

comments