Lelaki Dibunuh Gara-Gara Tegur Anak Jiran Buat Bising Di Depan Rumah

mayat lelaki ditemui dengan berlumuran darah

Lelaki dipercayai dibunuh gara-gara menegur anak jiran yang membuat bising di hadapan rumahnya di tapak pembinaan perumahan Taman Desa Maju Perak, Langkap.

Mangsa berusia 29 tahun ditemukan dalam keadaan mengiring dalam semak dengan tangan kanan hampir putus dan berlumuran darah kira-kira jam 6.45 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, motif pembunuhan itu didedahkan susulan penahanan suspek utama berusia 34 tahun bersama empat lelaki lain.

“Motif pembunuhan adalah disebabkan suspek marah kepada mangsa kerana menegur anaknya membuat bising menunggang motosikal di hadapan rumah mangsa. Mangsa dan suspek utama adalah jiran selang dua buah rumah teres”.

Tambah beliau, suspek dan empat lelaki berusia antara 20–an hingga 30-an direman untuk membantu siasatan dan suspek utama akan didakwa di Mahkamah Teluk Intan, esok.

Advertisement

kawasan lapang dipercayai mayat lelaki ditemui

Empat individu lain akan diberi jamin dan diikat bon mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah untuk dijadikan sebagai saksi pendakwaan.

“Suspek utama akan dituduh mengikut Seksyen 302, Seksyen 326 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana membunuh mangsa di tempat kejadian dan mendatangkan kecederaan parah kepada kawan mangsa”.

SUMBER

Comments

comments