Lelaki Dipenjara 8 Tahun Kerana Bunuh Perogol Isteri

perogol dibunuh

Suami mana yang tidak berang bila dapat tahu ada lelaki yang sanggup memperkosa isteri kita? Jika kejadian itu atas kerelaan isteri yang curang mungkin seorang lelaki itu dapat mengawal perasaan tapi lain perasaannya dengan kejadian ini.

Baca: Perogol Bersiri Paling Prolifik Britain Dengan Hampir 200 Mangsa Dipenjara 30 Tahun

Kejadian ini berlaku di Indonesia apabila seorang lelaki mendapat tahu isterinya telah diperkosa seorang lelaki berusia 34 tahun. Akibat terlalu marah, lelaki tersebut telah keluar mencari pelaku untuk mendapatkan kebenaran.

Tikam dan bergelut dengan pelaku

Secara kebetulan, lelaki itu nampak pelaku lalu dihadapannya dengan menaiki motor dan cuba berhentikannya. Pelaku tidak mahu berhenti dan akhirnya terjatuh selepas dibaling kayu oleh lelaki berkenaan. Lelaki itu tidak dapat menahan marahnya dan terus menikam pelaku.

Advertisement

Pelaku cuba melawan dan bergelut dengan lelaki terbabit, tapi berjaya dileraikan orang ramai yang melihat kejadian. Pelaku dikejarkan ke klinik berdekatan dan disahkan meninggal dunia kerana kecederaan tikaman yang dalam.

Peguam anggap ia bukan kes bunuh terancang

Peguam yang mewakili suami mangsa rogol cuba meminta pihak mahkamah agar meringankan hukuman terhadap suspek. Ini kerana suspek bukanlah membunuh secara terancang tetapi lebih kepada penganiayaan.

“Pada pendapat kami, akta ini tidak sesuai digunakan kerana kes ini lebih kepada penganiayaan, bukan pembunuhan yang dirancang. Peguam kami mahukan dia dibebaskan kerana dia tidak membunuh tetapi menganiaya.” – Kata peguam Burmasyahtia.

Hakim putuskan hukuman paling minimum

Hakim mahkamah daerah Kota Lubuklinggau, Indonesia bagaimanapun memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama laoan tahun. Suspek yang berusia 21 tahun itu dibicara oleh Ketua Hakim Mahkamah, Yopy Wijaya bersama Hakim Anggota, Verdia Martin dan Amir Ferri Irawan.

Walaupun pihak pendakawa meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun, pihak mahkamah telah memberikan hukuman paling minimum. Peguam kepada lelaki terbabit bagaimanapun masih berbincang samaada mahu mengurangkan lagi hukuman ataupun tidak.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERIndo Zone

Comments