Lelaki Goreng Kentang Dalam Cuaca Panas? Biar Betul…

Lelaki Goreng Kentang Dalam Cuaca Panas

Seperti yang kita tahu, cuaca di Malaysia boleh dikatakan ada kalanya tidak menentu seperti cuaca panas yang berpanjangan ataupun hujan yang turun secara tiba-tiba. Perubahan iklim atau cuaca ini mempunyai kaitan dengan peningkatan suhu bumi disebabkan gas rumah kaca yang melepaskan sebahagian besar gas karbon darinya.

Sekarang ini, negara kita berada dalam fasa Peralihan Monsun yang bermula pada 24 September 2021 dan berterusan sehingga awal November 2021. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 19 Mei 2021.

Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Advertisement

Ingatkan lelaki ini berjaya menggoreng kentang semasa cuaca panas, rupa-rupanya…

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @akmaltw yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang menggoreng kentang dalam cuaca panas.

@akmaltw“Malaysia is so hot” now is not a joke? original sound – akmal faisal

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu menunjukkan kuali yang mengandungi kentang yang sedang digoreng bersama minyak masak. Menurut lelaki itu, dia cuba menunjukkan tahap kepanasan di Malaysia ini sehingga ia mampu menggoreng kentang tersebut.

Malahan, turut kelihatan dalam perkongsian video tersebut adalah minyak masak di dalam kuali yang dilihat mendidih gara-gara cuaca yang panas. Lelaki itu sempat berseloroh mengatakan yang perkara tersebut kononnya adalah tanda-tanda akhir tahun.

Apa yang membuatkan ramai penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila lelaki itu kemudiannya meletakkan kuali berisi minyak dan kentang yang sedang digoreng di atas dapur yang dibawanya. Rupa-rupanya, itu semua cumalah satu prank sahaja kerana dia menggoreng kentang itu menggunakan dapur tersebut dan bukanlah kerana cuaca panas.

“Ya bang saya percaya, panas gila dekat Hulu Langat”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 469.9 ribu tontonan, 45.2 ribu tanda like dan 382 komen. Rata-rata netizen turut sama ketawa melihat cubaan lelaki itu menipu orang ramai menggoreng kentang menggunakan cuaca panas.

Goreng kentang dalam cuaca panas Goreng kentang dalam cuaca panas Goreng kentang dalam cuaca panas Goreng kentang dalam cuaca panas Goreng kentang dalam cuaca panas Goreng kentang dalam cuaca panas Goreng kentang dalam cuaca panas

Goreng kentang dalam cuaca panas
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan yang mereka menyesal melihat perkongsian video tersebut dan mempercayai apa yang dikatakan oleh lelaki itu kerana rupa-rupanya dia menggoreng kentang tersebut menggunakan dapur.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments