Lelaki Guna Duit Kahwin Untuk Bantu Pendatang Asing Yang Tiada Makanan

edar makanan

Dalam kemelut wabak COVID-19, seorang lelaki di India yang bekerja sebagai pemandu beca automatik telah menggunakan wang perkahwinannya untuk memberi makan kepada pekerja buruh migran.

Akshay Kothawale, 30 tahun telah menyimpan sebanyak Rs200,000 (RM11,512.22) untuk majlis perkahwinannya nekad membelanjakan kesemua wang tersebut.

Wang tersebut digunakan untuk mengedarkan makanan secara percuma kepada pekerja buruh migran di sekitar jalan kawasan Pune. Lelaki ini turut menawarkan perkhidmatan percuma untuk ke klinik untuk golongan warga emas dan wanita mengandung dengan menaiki kenderaannya.

beca

Advertisement

Setiap hari, Kothawale dan rakan-rakannya akan menyediakan makanan untuk hampir 400 orang. Kemudian makanan tersebut akan diedarkan sendiri oleh mereka di sekeliling kawasan penempatan buruh migran dan orang miskin.

Menurutnya, majlis perkahwinan dijangka akan berlangsung pada 25 Mei ini tetapi disebabkan perintah berkurung yang dikeluarkan kerajaan India majlis tersebut terpaksa ditunda. Kothawale juga mengatakan perasaan gembira kerana dapat meringankan beban orang lain di samping mempunyai tunang yang memahami niat baiknya itu.

Perintah berkurung di India menyaksikan hampir semua golongan miskin menghadapi keadaan yang sukar untuk mendapatkan bekalan makanan harian. Tambahan pula, golongan ini tidak boleh bekerja seperti biasa dan mereka tidak akan mempunyai wang untuk membeli makanan.

buruh migran

Tidak sampai hati melihat keadaan daif golongan miskin ketika wabak ini masih melanda, Kothawale terdetik untuk melakukan sesuatu yang kecil tetapi bermakna untuk golongan seperti ini.

Mereka kemudian mendirikan dapur untuk menyediakan makanan seperti chapati dan sabji (roti dan sayur-sayuran), makanan yang telah siap dimasak akan diberikan di tempat-tempat di mana pekerja buruh dan orang yang memerlukan berkumpul.

Bantuan makanan ini akan terus diberikan kepada golongan ini sekurang-kurangnya sehingga perintah berkurung dijangka tamat pada 31 Mei ini dengan bantuan yang ada pada mereka.

beca

Selain itu mereka turut mengedarkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada orang ramai yang berada di tepi jalan serta mengingatkan tentang penjagaan keselamatan diri ketika menghadapi wabak COVID-19.

Tahun lalu, ketika banjir di Sangli-Kolhapur melanda, Kothawale dan rakannya juga telah membantu memberikan sumbangan makanan dan bantuan keperluan lain kepada mangsa yang terlibat.

Sumber 

Jom ‘like‘ dan ‘followFacebook & Twitter Amazing Nara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia. 

Comments

comments