Lelaki Hilang Pekerjaan, Dipenjara Setelah Gadis Yang Dibantunya Memfitnahnya Lakukan Serangan Seksual

26523

Seorang lelaki memberitahu kehidupannya musnah setelah seorang wanita yang pernah dibantu olehnya memfitnah dia melakukan serangan seksual.

Kenan Basic menghabiskan masa dua minggu dalam penjara sekuriti maksimum, dipecat dari jawatannya dan kini sedang dalam proses perceraian, setelah seorang gadis 19 tahun membuat tuduhan palsu terhadapnya.

Kenan berhenti untuk menolong remaja itu bulan November tahun lepas, yang mengalami kemalangan dan keretanya berhenti di sebuah stesen minyak di Bankstown, barat daya Sydney.

Lelaki berusia 36 tahun yang sudah berkahwin itu menghabiskan masa selama dua jam untuk membaiki kereta gadis itu sehingga dapat bergerak semula di jalan raya.

Interaksi mereka berdua dirakamkan dalam kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dan mereka berdua dilihat berbual mesra dan berpelukan sebelum gadis itu pergi dengan keretanya, lapor Nine News. Dia berkata:

Sepanjang hidup saya, saya memang selalu tolong orang, dan ini kali pertama ‘seekor ular telah mematuk saya’.

Selepas membaiki kereta gadis itu, dia mengekori kereta gadis itu dengan keretanya untuk memastikan kereta gadis itu tidak mengalami kerosakan. Bagaimanapun, setelah dia memandu pergi, gadis itu membuat laporan polis bahawa Kenan telah melakukan serangan seksual dan menghendapnya.

Remaja itu mendakwa Kenan memintanya untuk mengadakan hubungan seks sebagai ganjaran untuk pertolongan yang diberi dan kemudian mengekorinya, sebelum sekali lagi memintanya untuk mengadakan hubungan seks.

Beberapa hari setelah menolong gadis itu dengan ikhlas, Kenan berdepan dengan tuduhan salah laku seksual yang serius dan dikurung di sebalik tirai besi Penjara Silverwater.

Dia dipecat, dan kini sedang menjalani proses perceraian disebabkan tuduhan palsu itu. Peguam Kenan, Mona El Baba memberitahu Seven News:

Tiada siapa dapat menjangkakan pertolongan ikhlas kepada seorang wanita yang mengalami masalah di jalan raya kemudiannya membawa kepada pertuduhan melakukan jenayah serius.

Isnin lepas, kesemua pertuduhan terhadap Kenan digugurkan apabila gadis itu mengaku yang dia berbohong mengenai serangan seksual tersebut, setelah ditekan oleh para detektif. Kenan memberitahu:

Saya rasa gembira kerana sudah dapat kembali kebebasan saya.

Remaja itu kini berdepan dengan pertuduhan membuat tuduhan palsu atau memperdaya dan akan hadir ke mahkamah minggu depan.

Kenan berkata kejadian itu menyebabkan dia berazam untuk tidak lagi berhenti untuk menolong mana-mana wanita muda buat selamanya. – amazingnara.com via Daily Mail

Comments

comments