Lelaki Ini Berkongsikan Rumah Berkonsep Moden Menggunakan Tema Warna Putih

2762

Dari jauh pasti ramai yang tertarik dengan rumah yang berkonsepkan warna putih ini. Mana tidaknya, rumah ini sememangnya menonjol dan nampak berbeza daripada rumah lain.

Bagi penggemar warna putih pastinya anda risau untuk memilih warna putih sebagai tema rumah anda. Jika silap cara hiasan rumah anda akan kelihatan bosan dan menyuramkan. Di sini kami kongsikan kediaman yang menjadikan warna putih sebagai tema hiasan.

Rumah yang terletak di TTDI, Kuala Lumpur ini menarik perhatian sesiapa yang sahaja yang lalu di situ. Seorang pengguna Twitter Falihin Jasmi berkongsikan gambar kediaman yang juga dijadikan sebagai airbnb (Air Beds&Breakfast) untuk percutian.

Rumah yang pada asalnya satu tingkat sahaja ini mengambil tema warna putih di luarnya dan warna pastel untuk hiasan dalaman. Segala rekaan dan gambar kediaman ini telah dilakukan oleh Paper Space.

Ruang hadapan rumah

Untuk anda yang mungkin tertanya-tanya di mana ruang untuk meletak kenderaan? Istimewanya ruang ini berada di belakang rumah. Jadi ruang yang disorokkan ini tidak mengganggu hiasan di hadapan rumah.

Ruang dalaman

Kewujudan tingkap yang besar ini membolehkan cahaya masuk secara terus ke dalam rumah. Reka bentuk hiasan dalam rumah pula bertemakan artistik dengan penggunaan warna yang lembut.

Terdapat kolam kecil terletak di bawah tangga yang bertindak sebagai cooling agent yang membantu menurunkan suhu dalam rumah. Hati-hati, jangan sampai telefon terjatuh pula dalam kolam semasa turun tangga.

Walaupun warna putih mendominasi keseluruhan rumah tetapi penggunaan warna biru ini memberikan efek tenang dan sesuai untuk ruang berehat.

Pemilihan warna merah jambu dan biru untuk tandas ini sebagai ciri unik selain penggunaan tiles berwarna putih sahaja. Barulah nampak ceria kan?

Ini pula pelan untuk keseluruhan ruang rumah yang turut dikongsikan.

Cantik kan hiasan rumah ini? Mungkin selepas ini anda boleh mendapat idea macam mana nak menghias rumah menggunakan tema warna putih tanpa kelihatan bosan dan suram.

Sumber: Twitter Falihin Jasmi, Paper Space

Comments

comments