Lelaki Ini Dedah Makna Disebalik Simbol Pada Tag Baju

Simbol pada tag baju

Siapa saja yang tidak kenal baju kan? Baju merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia yang direka dalam pelbagai bentuk untuk menutup bahagian atas badan. Setiap individu pastinya memerlukan baju dalam kehidupan mereka.

Baju juga turut diperbuat daripada pelbagai jenis material seperti cotton, chiffon, spandex, jersey dan pelbagai lagi. Pilihan penggunaan baju adalah mengikut keselesaan pengguna dan mengikut kesesuaian pada keadaan.

Namun, adakah kita perasan dan tahu bahawa pada kebanyakan baju yang kita beli itu, terdapat beberapa simbol pada tagnya yang aneh dan jarang untuk kita ketahui. Maklumlah, kita ini selalunya hanya tahu membeli dan memakai saja kan?

Advertisement

Makna disebalik simbol pada tag baju yang ramai tak perasan

Menerusi sebuah perkongsian video di laman TikTok oleh seorang pengguna bernama kebojiman, individu tersebut telah menerangkan maksud simbol yang terdapat pada kebanyakan baju yang ramai orang tidak tahu.

@kebojimanTau ka taktau ka palatauu hehe? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

@kebojimanPart 2 yang ditunggu-tunggu akhirnya..? original sound – Kebojiman

Simbol dan maknanya yang tersendiri

Simbol tag baju

Bagi makna simbol yang pertama ini, ia bermaksud baju yang dibeli hanya boleh dicuci dengan maksimum suhu 30 darjah celsius sahaja. Ia adalah bergantung kepada nombor yang tertera.

Simbol tag baju

Simbol yang kedua adalah bentuk tiga segi yang membawa maksud cecair peluntur. Sekiranya terdapat tanda pangkah pada simbol itu, ia bermaksud baju tersebut tidak boleh dicuci menggunakan cecair peluntur.

Simbol tag baju

Simbol ketiga adalah bentuk iron atau saterika. Terdapat satu titik pada simbol tersebut yang bermaksud penggunaan suhu yang dibenarkan untuk baju tersebut.

Terdapat satu hingga tiga titik pada simbol tersebut di mana semakin tinggi bilangan titik, semakin tinggi suhu yang perlu digunakan untuk iron baju anda.

Simbol tag baju

Bagi simbol seterusnya, ia bermaksud dry cleaning. Jika terdapat tanda pangkah pada simbol tersebut, ia bermakna kita tidak boleh melakukan dry cleaning pada baju tersebut dan boleh melakukan sebaliknya jika tiada pangkah.

Simbol tag baju

Bagi simbol yang terakhir, ia bermaksud dryer. Jika terdapat satu titik, anda dikehendaki mengeringkan baju dengan suhu yang rendah sahaja dan suhu yang tinggi akan menyebabkan baju tersebut rosak.

Jika terdapat dua titik, ia bermaksud pengeringan menggunakan suhu normal. Manakala tiga titik, anda boleh melakukan pengeringan menggunakan suhu yang tinggi.

Namun begitu, individu tersebut hanya menerangkan beberapa dan hanya sebahagian simbol yang ada. Ada banyak lagi simbol yang terdapat pada kebanyakan baju namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, anda boleh search sendiri ya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments