Lelaki Ini Mendapat Habuan RM7.6 Juta Apabila Sebuah Meteorit Menimpa Atap Bumbung Rumahnya

Seorang lelaki dari Utara Sumatera, Indonesia Josua Hutagalung terkejut apabila mendapat tahu bahawa sesuatu objek yang tidak dikenal pasti menimpa dan menembusi atap zink kediamannya.

Kejadian ini berlaku apabila beliau sedang membina sebuah keranda di halaman rumahnya.

Kedengaran bunyi seperti guruh dan tiba-tiba ada sesuatu yang menimpa atap kediamannya. 

josua Hutagalung meteorit
kredit – The Sun

Setelah meneliti punca dan lokasi dentuman tersebut, beliau mendapati bahawa sesuatu objek yang kelihatan seperti batu terkambus sedalam kira-kira 15cm di dalam tanah.

Apabila beliau memuat naik sebuah video yang merakamkan objek tersebut, ia telah mendapat perhatian wartawan dari seluruh dunia. Dikatakan juga bahawa ramai wartawan antarabangsa mula berkerumun di halaman rumahnya.

josua hutagalung
kredit Gambar – The Sun

Seorang pakar yang menetap di Bali, Jared Kolins menurut Tribun Manado terus bergegas untuk bertemu dengan Josua untuk mendapat kepastian tentang ketulenan meteorit tersebut.

Advertisement

Siapa sangka meteorit ini telah dijual kepada seorang warga Amerika Syarikat dengan nilai RM7.6 juta ringgit. Menurut Josua, ini bersamaan dengan pendapatannya selama 30 tahun.

Tambah Josua pula, setelah mendapat habuan yang cukup lumayan ini, beliau berhajat untuk membina sebuah gereja di kawasan perumahannya dan bersara. Tambahnya lagi, mungkin ini suatu petanda bahawa nasib menyebelahi beliau setelah bertahun-tahun inginkan seorang anak perempuan.

Sumber : Tribun Manado

Comments

comments