Lelaki Ini Menyahut Cabaran ‘One Punch Man’ Selama Sebulan, Ini Hasilnya

35

Bagi segelintir orang yang minat komik pasti sangat mengenali watak Saitama, wira terkuat dalam komik One Punch Man. Kami yakin mesti kaum wanita bertanya-tanya siapakah Saitama ini?

Komik ini mengisahkan seorang wira yang ingin menjadi wira terkuat di dunia dan mencari musuh paling kuat yang boleh dikalahkan oleh beliau. Setakat ini setiap musuh yang berdepan dengannya dikalahkan dengan satu tumbukan sahaja.

Beliau menjadi kuat dengan latihan yang dibuatnya setiap hari. Latihannya sebenarnya sangat mudah boleh diikuti oleh semua orang dengan hanya melakukan 100 tekan tubi, 100 sit ups, 100 squats dan larian 10 km setiap hari tanpa gagal.

Seorang lelaki dari Singapura menyahut cabaran latihan One Punch Man baru-baru ini. Dalam video ini, beliau membahagikan perjalanan latihan beliau kepada beberapa peringkat.

Pada hari pertama melakukan cabaran, beratnya adalah 70 kilogram dengan body age 40 tahun. Melihatkan badannya semakin naik, Sean mengambil keputusan untuk mencuba cabaran senaman ini.

Beliau memulakan dengan peringkat 5 iaitu sebanyak 50 kali setiap jenis senaman dan 5 kilometer larian. Rekod seminggu pertama mendapat perubahan yang ketara. Tetapi selepas dua minggu, beliau menukar ke peringkat 7 iaitu 70 kali setiap jenis senaman dan 7 kilometer larian.

Dan seterusnya Sean melengkapkan peringkat 10 pada hari ke 23 dan diteruskan sehingga hari ke-30. Selepas sebulan, berlaku perubahan yang tidak dijangka oleh Sean.

Selain itu juga, Sean mengurangkan tiga jenis makanan dalam diet hariannya iaitu makanan berminyak, gula dan karbohidrat. Jika anda ingin mencuba cabaran ini, bolehlah mulakan peringkat 2 hingga 5 dahulu. Selamat mencuba!

 

Tinggalkan komen anda