Lelaki Ini Muat Naik Video Berdurasi Lebih 2 Jam Memaparkan Dia Tidak Berbuat Apa-Apa

Seorang Youtuber bernama Sobat Miskin Official memuatnaik satu video berdurasi 2 jam 20 minit tanpa berbuat apa-apa. Di dalam video itu kelihatan dia hanya duduk di depan kamera dan memandang kamera tersebut tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Video yang dimuatnaik pada 10 Julai 2020 itu mula tular di Indonesia dan seterusnya ‘merebak’ ke Malaysia.

Dia menyatakan alasan untuk menerbitkan video tersebut setelah menerima desakan dari peminat laman Youtubenya yang mahu kandungan video yang dapat mendidik anak muda. Jadi menurutnya dengan berat hati terhasilah video ini.

Video yang bertajuk 2 Jam Nggak Ngapa-Ngapain ini telah menerima lebih 730 ribu tontonan di Youtube buat masa ini.

Advertisement

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments