Lelaki Ludah Setiap Roti Yang Diuli Sebelum Hidang Kepada Tetamu Kini Ditangkap Polis

Tular baru baru ini mengenai tindakan seorang lelaki meludah di dalam adunan roti mengundang padah apabila dia ditahan polis di Meerut, Uttar Pradesh, Ahad lalu.

Gulf News melaporkan, lelaki itu ditahan selepas video perbuatannya itu tersebar di internet yang menimbulkan kemarahan orang ramai. Memang la nak marah ni..

Rakaman berkenaan menunjukkan Sohail meludah ke dalam adunan roti yang siap diuli sebelum dibakar dan dihidangkan di sebuah majlis perkahwinan.

Menurut Ketua Hindu Jagran Manch, Sachin Sirohi, Sohail ditahan pihak berkuasa dan dituduh menyebarkan koronavirus.

Jurucakap polis berkata, dia akan menjalani ujian Covid-19 dan tindakan lanjut akan diambil selepas laporan penuh diperoleh.

Advertisement

Di dalam video yang tular, Sohail dilihat akan meludah setiap roti yang siap diuli sebelum diletakkan di dalam pembakar.

Selepas itu dia akan menghantarnya sebagai hidangan kepada tetamu. 

Video itu mengundang reaksi marah netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar dan pelakunya perlu dikenakan tindakan tegas.

Macam-macam betul, dah jadi resepi baru ke buat macamtu?

Sumber

Comments

comments

SOURCEMetro