“Lelaki Macam Itukah Hendak Dijadikan Suami? NAUZUBILLAH”

73

Saya sedang buat kerja dengan aman bila satu pasangan lelaki dan perempuan di sebelah saya mula bertengkar. Saya cabut fon telinga dan terdengar si perempuan menangis, sambal memegang seorang bayi baru lahir yang diselimuti kain. Kemudian lelaki itu menjadi semakin ganas.

 

 

Dia merayu/memaksa perempuan itu untuk balik dengannya. Tarik-tarik lengan dan rambut, malah ketuk kepala perempuan itu dengan genggamannya berkali-kali. Saya yakin perempuan itu masih berpantang. Pada satu tahap, bayinya hampir terjatuh dari paha. Semua orang lihat mereka, tertanya-tanya.

Dan saya sendiri rasa marah. Seorang pakcik yang berani menjegil kepada pasangan ini dan lelaki itu kata:

Apa pandang-pandang, bang?

Pakcik itu jawab, ini tempat awam, mestilah orang pandang, dik.

Kemudian mereka keluar untuk ‘selesaikan beberapa perkara’. Masa itu kami ada peluang sekejap saja untuk tanya perempuan itu beberapa soalan.

Rupanya perempuan itu hanya berusia 22 tahun dan lelaki itu ialah ‘bakal suaminya’. Kami beritahu perempuan itu untuk buat laporan polis. Kemudian lelaki dayus itu masuk kembali dalam restoran dan paksa perempuan itu pergi dari situ dengannya. Beberapa saat kemudian seorang pegawai polis datang dan suruh lelaki itu keluar dari restoran itu.

Perempuan itu tidak mahu berganjak. Jelas kan, dia tak mahu ikut lelaki itu balik? Entah-entah dia kena belasah sampai mati di rumah? Mereka berdua keluar dari restoran, saya ingat semua dah selesai.

Rupanya tak, dia buat lagi. Kali ni depan semua orang.

Saya nak ucapkan tahniah pada staf Secret Recipe dan pengawal keselamatan yang cuba untuk melawan lelaki gila ni.

Memang menyedihkan bila lihat perkara seperti ini. Saya rasa tak ada daya upaya untuk bantu perempuan itu dan bayinya, hanya berharap saya ada kuasa luar biasa untuk tendang lelaki itu.

 

MORAL CERITA INI: pilih pasangan dengan baik. Berdasarkan kejadian sebentar tadi, saya percaya perempuan itu mahu tinggalkan lelaki dayus tersebut (dia datang restoran itu sebenarnya untuk cari kerja). Sebab itu lelaki itu bengang.

Lelaki macam itukah hendak dijadikan suami? NAUZUBILLAH

Dan untuk semua lelaki,  tolonglah jangan bersikap macam lelaki itu. Perempuan itu baru lahirkan bayi, ada banyak perkara buruk boleh berlaku bila berpantang. Boleh terkena psikosis, kemurungan, bentan dan macam-macam lagi.

Dan untuk perempuan itu, saya harap kamu baik saja. Doa saya untuk kamu. –amazingnara.com

Sumber: Dr Lily Amirah

Comments

comments